Saturday, May 29, 2010

Syeikh dan daie kecil..

Saya membuka youtube dan terjumpa kanak2 ini. Amat seronok mendengarnya berceramah dan berhujjah umpama seorang yang alim dan faqih dalam agama. Mutiara2 hikmah dan kefasihan keluar dari bibirnya. Semua yang tua dan muda bisa mengambil ilmu darinya. Subhanallah, hebatnya kurniaan Allah buat si anak kecil ini. Mudah-mudahan ia membawa seribu rahmah kepada seluruh muslimin.. Tidak silap namanya Muslim Said. Semoga Allah memberkahi dan melindungi anak kecil ini. Saya amat mengaguminya..:)

Beliau bersama kanak2 seusianya..





Di samping orang2 dewasa yang turut mengaguminya..






alunan Quran yang dibacanya..



Turut membacakan doa dan diaminkan seluruh jamaah..



video ni mungkin masa dia masih kecil. Sangat best!!



Sangat seronok dan syok mendengar ini semua. Di kala Malaysia, negaraku melahirkan penyanyi2 muda dari Lubuk Idola Kecil, telah lahir pula insan kecil ini untuk membaiki manusia. Subahanallah, hebatnya Allah. Kanak2 adalah bersih umpama kain putih dan ibu bapanyalah yang mencorakkannya. Kasihan pula melihat adik2 yang sejak kecil lagi dididik dan diajar dengan nyanyian akan tetapi tidak diajar mengenal Tuhan. Ibubapa pula bangga melihat anak2 berjaya dalam dunia nyanyian dan hiburan tanpa menyedari hakikat dosa yang bakal menimpa. Merosakkan anak sendiri secara tidak langsung menjadi agen perosak masyarakat. Baiklah, jika yang tua tidak mahu mendidik yang muda biarlah yang kecik ini mengajar dan mendidik yang tua. Cukuplah peringatan yang dibawakan Allah dari si kecil ini. Alhamdulillah, semoga ilmu dan manfaat yang banyak boleh diambil daripadanya.

Sekadar perkongsian untuk merehatkan minda. Moga bermanfaat buat diri dan semua..:)

Monday, May 24, 2010

Borak-borak..

Syukur dapat bertemu lagi dengan ibuku 2 hari lepas. Saya menemaninya bersama kakak menghantar adik masuk USIM. Syukran jazilan buat Pak Cik Solah dan Che La yang banyak membantu kami sepanjang di sini. Salam perjuangan dalam menuntut ilmu buat Izzuddin. Selamat menempuh alam universiti yang lebih mencabar.

**************************************************************************************

Semalam, selesai sahaja makan tengahari di rumah Che La, saya diajak berbual-bual dengannya sambil menjamu makan buah mempelam. Tidak sempat menghabiskan pinggan mangkuk di sink, saya dipanggil dan dipaksa untuk ke meja kembali untuk menjamah buah mempelam yang dikupas Che La(mak cik). "Jomlah, dah lama Che La tak berbual dengan Nor.. Biarlah pinggan di situ, nanti Che La basuh.." Begitulah lebih kurang ungkapannya memanggilku. Tak sampai hati melihatnya acap kali memanggil, saya terus ke meja makan kembali. Pelbagai topik yang dibualkan. Maklumlah balik sekali-sekala ke rumahnya. Tu pun kerap juga Che La call suruh datang ke rumahnya namun, disebabkan kesibukan sebagai student agak membataskan waktuku. Che La beria-ia nak belajar Adobe photoshop dan macam2 lagi lah tentang komputer. Walaupun saya ni taklah pandai sangat tapi, disebabkan orang mengharap kucuba sekadar termampu. Semoga orang lain turut mendapat manfaat apa yang kita belajar.


Topik yang dibualkan biasalah saling bertanya khabar dan berkaitan perkara yang berlaku kat sekeliling. Che La meluahkan rasa ketidakselesaannya tatkala kembali bertugas sebagai guru di sekolah lamanya. Sebelum ni, dia cuti selama lebihkurang 2 tahun untuk menghabiskan 'master'nya dan sudah lama tidak menjejak kaki ke sekolah kembali. Katanya, dia amat terkejut dengan keadaan sekarang di sekolah. Banyaknya perubahan yang sudah berlaku. Bukan makin baik, tapi makin teruk. Budak2 sekolah makin ramai yang rosak, suasana sekolah amat tidak menyelesakan bagi orang sepertinya. Katanya, di sekolah penekanan terhadap agama langsung tidak diambil berat oleh pihak sekolah.

bagaimana keadaan generasi kecil ini mebesar dalam keadaan suasana umat yang kian parah..

Saya amat bersetuju dengannya, kerana saya sendiri melihat suasana yang hampir sama di universiti tempat saya belajar. Berapa ramai yang hanyut walaupun di kalangan student agama sendiri. Yang tak ambik kos agama pula berapa ramai yang meminggirkan terus agama dari hidup mereka. Kami mengeluh kerisauan memikirkan keadaan umat yang makin terhoyong-hayang dek kerana meletakkan agama jauh di belakang. Kata Che La, lihatlah sahaja di sekeliling kita gejala sosial di mana2. Hidup pun rasa tak aman dan tenteram. Bagaimanalah nasib generasi akan datang apabila begini rupanya keadaan sekarang. Saya mengiyakan sahaja tanda bersetuju. Katanya kita tak boleh nak salahkan anak-anak muda ni saja tapi kita kena tengok pula apa yang menyebabkan mereka rosak. Jawapannya, sistem yang digunapakai di negara kita ni memang dah rosak.

Lihatlah bagaimana sekularisme itu menyelinap masuk dalam seluruh sistem termasuklah sistem pemerintahan, pendidikan dan sebagainya. Kami sepakat menyatakan pemimpin yang ada hari ini memang sudah terlalu sukar untuk dihormati. Di mana contoh teladan yang ditonjolkan? Tidak ada.. yang ada hanyalah gambar aksi2 buruk pemimpin Islam dengan minuman keras, pelbagai cerita2 busuk yang terus melekat dan berkudis di badan2 mereka. Dalam ucapan2 mereka, jarang sekali dilafazkan ungkapan2 yang menggambarkan tentang Islam.. yang ada hanyalah pembangunan material dan perjuangan bangsa. Saya sendiri sudah bosan dengan pemimpin seperti ini. Tambah2 lagi dengan isu kelulusan lesen judi yang heboh diperkatakan baru2 ni.. sudahla mereka sudah rosak, nak rosakkan lagi rakyat2 di bawah. Oh Tuhan, aku berlindung dari kejahatan pemimpin sebegini.. Cukuplah Tsunami lepas sebagai pengajaran buat seluruh umat tentang bahana kemurkaan Allah. Janganlah mengundang Tsunami yang seterusnya atau lebih dasyat lagi..

Mungkin ini adalah sekadar keluhan saya dan makcik saya sebagai rakyat biasa yang menghuni bumi Malaysia. Walaupun namanya negara Islam namun, kami tidak merasai keizzahan Islam di sini. Kekadang kami sendiri terasa takut melihat gelagat2 manusia di luar sana. Bacalah akhbar, mahu nak termuntahnya melihat terlalu banyak masalah2 sosial dan jenayah yang berlaku setiap hari. Buang bayi, rogol, rumah pelacuran, bunuh, dadah dan banyak lagi yang amat meloyakan.

Penyelasaiannya?? Hm..sama2 pakat fikirlah. Bagi saya mudah je. Pilihan Raya Umum akan datang, tukarlah kerajaan baru yang lebih bersih untuk tadbir negara. Pastikan agama yang menjadi asas pentadbiran negara. Baru rasa selamat sikit. Tak mahu cakap lebih2, nanti didakwa ayat poltik pula. Lihat saja student UKM yang didakwa berpolitik dan dikenakan AUKU. Kasihan mereka.. Dlm Islam, politik sentiasa terikat dengan Islam dan tak boleh dipisahkan sama sekali dan tiada had umur pun bagi sesiapa yang nak berpolitik. Aduhai negaraku Malaysia....

Sekadar perkongsian. Mudah-mudahan bermanfaat buat diri dan semua=)

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Thursday, May 20, 2010

Nak Tiru Bonggol unta??


Cari persamaan antara kedua-dua gambar di atas..

Tak tahulah apa yang cantik sangat dengan sanggul tinggi-tinggi umpama bonggol unta kat atas kepala.. Saya pun baru tahu yang fesyen terkini kat Malaysia, wanita muslimahnya sudah pandai mengenakan fesyen ala-ala Arab yang menonjolkan sanggulnya walaupun bertudung. Sebelum ni pun, saya memang tercari-cari bagaimanakah keadaan wanita yang rambutnya seperti bonggol unta sepertimana yang diungkapkan dalam hadis junjungan Baginda s.a.w:

Maksudnya :

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat kedua-duanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang ( iaitu penguasa yang kejam), (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan bisa masuk syurga, dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian."
(Riwayat Muslim, Babul Libas)


Baru-baru ini pun saya melihat sendiri di depan mata akan gelagat seperti ini.. Ya Allah, saya tumpang rasa malu di atas perbuatan tersebut. Kenapa begitu tinggi sekali bonggol rambut di atas kepalanya. Mungkin apabila sudah menjadi trend dan fesyen, budaya pemakaian seperti ini sudah lagi tidak menimbulkan perasaan malu di kalangan pemakainya. Allahu robbi, aku berlindung kepadaMu buat diriku, sahabat2ku serta zuriat keturunanku kelak daripada amalan yang dilaknat ini.

Nilah bonggol sanggul yang saya maksudkan.. Kosmo online(ruangan Stylo) siap ajar lagi bagaimana cara untuk menampakkan bonggol kalau si pemakainya berambut pendek.. iaitu dgn menggunakan kain untuk membuat bonjolan seolah-olah seperti sanggul.

Hidup semakin mencabar, arus dunia fesyen semakin marak masuk ke gedung-gedung busana muslim. Hakikatnya fesyen yang digayakan amat jauh sekali dengan pengertian pakaian yang digariskan syariat. Manusia semakin buta menilai mana yang hak dan batil. Janganlah hanya dikaburi dengan fesyen muslimah sahaja, kita terus terpedaya. Hati-hati memilih, nanti kita sendiri yang akan mendapat bahana akibat dan kesan kemurkaan Allah..

p/s: Amat tertarik dgn ulasan Kak Haslina(isteri Ustaz Zaharuddin) dlm blognya yang bertajuk Buat Muslimah Yang Dikasihi..

Semoga bermanfaat. Sekadar perkongsian untuk merenung dan muhasabah diri (^_^).

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Friday, May 14, 2010

Jom ke KARNIVAL AURA UNGU..






Pelbagai aktiviti menarik menanti anda..
Anjuran: NISA'

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Bonda..

Selamat Hari Ibu buat bonda, Pn. Hjh. Fauziah binti Ismail.
Sebenarnya setiap hari pun hari ibu.. Cuma hari ni saje je nak wish lebih skit.

Suka memetik kalungan puisi penuh makna William Shakespeare:

My bounty is as boundless as the sea
My love as deep
The more I give to thee
The more I have
For both are infinite..

Bagi saya, begitulah gambaran cinta yang mendalam setulus kudus hanya untuk insan bergelar ibu.

Cukuplah kalam Allah menjadi peringatan buat orang2 yang benar-benar memikirkan..
Firman Allah yang bermaksud:

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusuya adalah tiga puluh bulan.." Al-Ahqaaf:15


"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, Hanya kepada-Kulah kembalimu."
Luqman:14



"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)."
Ibrahim:41

Firman Tuhanku bukan sekadar untuk dibaca namun, dihayati dan dituruti. Moga Allah terus mendekatkan diriku dengan ibuku. Kerana aku yakin disitulah adanya berkat, di situlah adanya Syurga buatku. Ma, doakan diri ini menjadi anakmu yang solehah. Redhalah diriku sewaktu hidup dan matiku. Halalkan makan minumku dan ampunkanku atas segala keterlanjuran. Moga Allah sentiasa merahmati, mengampuni serta mengasihimu. Ya Robb, masukkanlah ibuku ke dalam SyurgaMu kerana kuyakin dia telah menunaikan amanahMu.. Amin!

Ana uhibbuki hubban syadidan ya ummi..

Thanx ma for everything!! Love ma forever..

Tak lupa juga buat nenda, Hjh Sapiah yang telah melahirkan ma. Selamat Hari Ibu buat mek. Semoga Mek sentiasa sihat untuk terus beribadat kepadaNya. Rindunya dekat mek. Setiap kali pergi umah mek ada-ada saja buah tangan darinya. Lagi satu, air tangan Mek sangat luar biasa. Setiap masakannya tak kiralah nasi kerabu, laksa, ayam percik, gulai kari, sup tulang, daging bakar dan apa saja sangat menyelerakan. Lebih-lebih lagi kalau dapat makan dengan budu. Hehe=) Teringat suatu ketika, mek beriya2 masak laksa Penang sebab tahu saya sangat suka laksa Penang walaupun menu hari tersebut hanyalah laksa lemak Kelantan. Timo kasih Mek.. Nor sayang Mek!

Wajah mek.. Wanita ini sangat dekat dengan Allah. Walaupun sudah dimamah usia namun tahajudnya, amalannya mengagumkan diriku..


Penatnya ibu mengandung, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak2. Namun, sejauh manakah ingatan anak2 padanya? Sekadar renungan kita bersama..

Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri dan semua. Mudah-mudahan bermanfaat.


.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Thursday, April 29, 2010

Mahu juga seperti mereka..

Alquran penyuluh jiwa orang-orang yang beriman!

Baru2 ni sempat join satu program kat Shah Alam. Kawan yang ajak. Walaupun program tu agak simple tapi BEST sangat sebab dapat ilmu dan satu semangat baru dalam Hafalan Al-Quran.

Program yang diberi nama The Power of Mind ni lebih kepada cara untuk merangsang minat dan teknik2 dalam menghafal ayat2 Quran. Paling best, dapat lihat dan dengar pengalaman adik Aziz yang selesai hafaz 30 juzuk ketika berusia 13 tahun. Oh, hebatnya anugerah Allah. Ingat ayat yang keluar dari mulutnya yang simple ketika diminta untuk memberi pesanan terakhir buat kakak2 yang dah berusia ni untuk turut sama menghafal. Katanya.. "Kalau ada Quran tu, bacalah.. dan hafal sikit2.." Hm..malu betul rasanya tatkala ada sorang budak yang tegur orang-orang yang dah berusia macam saya ni. Memang terkena sangat2. Hehe.

dari kiri, adik Aziz yang malu2, Nadia, pengerusi dan Mawaddah..

Kakak Aziz, Nurul Nadia namanya. Seorang pelajar UKM yang manis dan sopan orangnya. Beliau juga sudah selesai menghafaz 30 juzuk sewaktu berada di Yaman. Menceritakan pengalamannya serta bagaimana dia boleh tercetus motivasi untuk menghafaz kalamullah ini.. Katanya "Saya termotivasi dengan beberapa ayat Allah iaitu:

Firman Allah yang bermaksud:

"Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat."
Surah Thaha:114-115


"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?"
Surah Al-Qamar: 22


"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya."
Surah Qaaf: 37

Oh Tuhan, bergetar jiwa ini tatkala melihat masih ada insan yang bukan setakat membaca kalamMu akan tetapi turut mengamalkan isi kandungannya. Begitu indah kalamullah.. andai dibaca, dihayati, dan diamalkan. Seterusnya menjadi motivasi berterusan buat diri.

Begitu juga dengan saudari Mawaddah yang menceritakan bagaimana beliau hidup dalam suasana hafalan Al-Quran semenjak kecil. Ketika ditanya sejak bila beliau mula mengenali dan menghafaz Al-Quran. Katanya, dia diajar Al-Quran seawal berusia dua setengah tahun. Subhanallah! Benarlah suasana dan biah yang solehah juga amat memainkan peranan dalam pembentukan insan. Lebih-lebih lagi yang ingin bergelar Huffaz.

Semoga diriku ini beroleh manfaat yang banyak. Saya lihat dan saya perhatikan. Berterusan memikirkan, bahawa masih belum terlambat untuk insan seperti saya untuk menjadi seperti mereka. Tak boleh banyak, sedikit pun takpa. Yang penting konsisten. InshaAllah!

p/s: Suka lihat adik dan sepupu-sepupu ramai yang hafaz Quran. Mudah-mudahan semangat cintakan Al-Quran terus mengalir dalam diri ini juga hendaknya. Amin.

Sekadar perkongsian merehatkan jiwa. Moga bermanfaat.

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Monday, April 19, 2010

Bila-bila pun dia datang..

Entahla.. Sejak akhir2 ni ramai sungguh artis kat Malaysia ni mati secara mengejut. Yang mati pun umur masih muda. Apepun semoga Allah mengampuni mereka kerana seandai di akhir kematiannya baik maka, baiklah dia saat pertemuan dengan Tuhannya walaupun di hayatnya penuh dgn maksiat dan dosa. Apepun, pengajaran tetap boleh diambil bahawa ajal datang bila2 masa. Tengok ni..

Time tengah syok main bola pun malaikat datang jemput.. Mesti pemain tu langsung tak jangka yang dia nak mati time tu kan.








Mati time bagi ceramah pun ada.. Biasanya bagi orang2 terpilih di kalangan orang alim. Ada juga yang mati tengah solat. Oh indahnya mati saat husnul khatimah seperti ni. Sebelum mati pun sempat buat amal kebaikan.



Tak kurang juga yang memilih syahid sebagai jalan kematian.. Ni yang saya paling kagum buat para pejuang. Dr Abdul Aziz Al-Rantissi pilih Apatchi sbb nakkan ganjaran mati syahid dan dia mendapatkannya.

Allah, masukkanlah dia ke dalam jannahMU. Dan ramai lagilah pejuang Islam di seluruh dunia yang pilih jalan ni. Walau nampak perit tapi, nikmat yang mereka kecapi tak terungkap oleh kata2 apabila memasuki syurga Ilahi. Allah, layakkah aku??



Syahdunya..Tengok video2 ni time tgh exam. Seorang ustaz pernah kata..(lebih kurang camni) "Kalau kerja Islam yang biasa2 yang ada kat sini pun kita liat nak buat, jangan haraplah nak pikul senjata berjuang macam di Palestin. Buat kerja Islam pun dikira berjihad di tempat kita." Agak terkena batang hidung jugaklah dengan statement tu.. Owh tertanya juga apalah yang diri ini dah sumbangkan untuk Islam yer. Renung-renung dan koreksi diri balik...

Teringat kisah Al-Khansa yang menangis ketika keempat-empat puteranya syahid. Apabila ditanya, dia berkata "Aku sedih kerana aku tiada lagi anak untuk dihantar ke medan jihad setelah keempat-empat anak lelakiku syahid."
Hebat sungguh wanita ini!

p/s: Kak Aina selalu pesan "Motivasi terbaik adalah mengingati mati..".

Sekadar perkongsian untuk menyingkap dan muhasabah diri. Moga bermanfaat buat diri dan semua.

.:.~ Mutiara Tinta .:.~

Friday, April 16, 2010

FINAL EXAM.. Coming soon!


Study or studo?? Haha=)

My Schedule for this FINAL EXAM.. coming soon.

19 APRIL 2010
Hubungan Etnik

20 APRIL 2010
Asas Pembudayaan Keusahawanan

21 APRIL 2010
Kemahiran Maklumat

22 APRIL 2010
Multimedia System

27 APRIL 2010
Pengajian Al-Sunnah

29 APRIL 2010
Multimedia Application

03 MAY 2010
Pengantar Pengajian Islam

07 MAY 2010
Falsafah Sains Islam

Salam perjuangan buat semua. Selamat menempuh exam. Ikhlaslah dalam menuntut ilmu. Belajar bukan time exam je. Bak kata pepatah "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad" . Pesanan buat diri dan semua.

Comey jugak kad good luck daripada PMIUM ni..


p/s: Dah usaha, jangan lupa doa dan tawakkal. InshaAllah najah. Buat ma kat Klate, jange lupo doa ke NOR sokmo di sini..=)

Sekadar perkongsian untuk merehatkan minda.

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Thursday, April 15, 2010

Sejuknya mata..


Selamat pagi Kuala Lumpur.. Selepas bercuti selama 5 hari akhirnya sampai juga KL pagi ni.. Alhamdulillah. Next week dah exam. Sisa2 masa yang masih ada perlu digunakan sebaiknya. Malam tadi masa naik bas, ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi.. Semasa berada di atas bas, saya memerhatikan suasana dan pemandangan malam negeri yang akan ditinggalkan. Bas berhenti dari satu tempat ke satu tempat untuk mengambil penumpang untuk ke KL. Di satu tempat (kalau tak silap di Machang) saya melihat sesuatu yang menyejukkan mata.

Kelihatan beberapa orang remaja lelaki yang masih di awal usia remaja ber jubah putih dan berkopiah. Kelihatan juga seorang pak cik yang berkain pelikat dan berkopiah bersama isterinya yang bertudung labuh. Cukup sederhana orangnya tapi sejuk mata memandang. Remaja tadi saling bersalaman antara satu sama lain (dgn kawan2 dan ibu ayah yang akan ditinggalkan). Cukup tertib dan bersopan remaja2 ini. Tahu akan adab dan tatasusilanya. Saya melihat dan memerhati, cukup senang kan ada anak2 seperti ini. Orang yang melihat pun terasa senang apatah lagi ibubapanya sendiri. Natijahnya, ia bermula dari didikan awal tak lain tak bukan daripada ibu bapa. Lihatlah contoh yang baik ditunjukkan ibu bapanya. Mungkin kelihatan pada luaran sederhana kehidupannya namun hakikatnya, jiwa mereka kaya. Mereka kaya dengan kebahagiaan berpaksikan kehidupan beragama yang dipraktikkan.

Jika dilihat dari sudut lain pula, ada juga golongan ibu bapa hari ini yang mana bukan agama yang menjadi paksi kehidupan mereka. Ukuran kebahagiaan mungkin diletakkan pada material semata. Hasilnya, lahirlah anak yang hidupnya tidak kenal erti susah dan berjiwa materialistik. Anak2 yang lahir dan tidak dicorakkan dengan agama akhirnya, ramai yang hanyut dan terbuai dengan dunia. Pergaulan bebas, ketagihan arak, dadah, rempit dan banyak lagi sindrom yang melanda masyarakat berpunca daripada hasil didikan ibubapa di rumah. Hari ni sukar nak lihat anak2 muda yang benar2 terjaga akhlak dan budi pekertinya. Bilangannya amat sedikit. Ada pula yang ibubapanya bagus, selalu pegi masjid tapi anak2nya pula tidak menutup aurat dan rosak. Apa puncanya? Sekali lagi saya katakan.. kurangnya didikan AGAMA, itulah PUNCAnya..

p/s: Indah bukan hidup ini andai berpaksikan AGAMA? Bukan setakat kita rasa senang dan tenang, orang yang tengok pun rasa tenang=)

Sekadar perkongsian untuk menyingkap dan muhasabah diri. Semoga bermanfaat buat diri dan semua.

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Monday, April 12, 2010

Seloka dan kiasan Tok Guru yang menghiburkan

Kesederhanaannya amat dirasai. Itulah yang membezakannya dgn MB2 negeri lain=)

Seronok mendengar kiasan dan seloka Tok Guru Nik Aziz, my MB. Banyak isi2 tersirat yang begitu mendalam maksudnya. Bertuah rasanya dapat hidup di Kelantan di bawah pimpinan ulamak seperti beliau. Mungkin ramai yang kata "Alah..Kelantan apa class. Pembangunan pun takda sangat". "Kesian kat Kelantan.. penduduknya ramai yang pi kerja kat negeri2 luar Kelantan sebab takde keje kat Kelantan".

Walau apa pun tanggapan masyarakat luar pada Kelantan, saya tak kisah langsung. Sebab saya aman di sini, saya tenang dan gembira di negeri ini. Kalau nak kenal Kelantan mailah jalan sini selalu=) Setiap Jumaat, kami rakyat Kelantan dihidangkan pengisian ilmu oleh MB kami. Kami puas.. Terlalu banyak program dan kempen kerajaan negeri yang mendidik rakyat. Di sini takde disko, pusat karaoke, pub, rumah urut, sistem riba dll. Kalau ade juga tu pun yang bergerak secara haram.

Pembangunan ruhiyah rakyatnya amat dititikberatkan. Pembangunan fizikalnya juga sebenarnya taklah seteruk yang disangka. Kadang2 saya sangat tak setuju dengan media yang suka buruk2kan Kelantan. Sebab setiap kali balik Kelantan, ada saja pembangunan baru yang dibuat. Saya pun jalan2 juga negeri lain, kadang2 nampak lebih kurang macam Kelantan je.. Takdelah hebat sangat pun tapi selalu diangkat2. Biasalah, kami ni negeri pembangkang, yang baik tak dihebahkan dan yang buruk dibesar-besarkan. Sedih;-(

Kat bawah ni, himpunan seloka dan kiasan Tok Guru. Saya antara penggemar kuliahnya. Cuma sudah lama tak dengar secara 'live' sebab balik pun kdg2. Setiap kuliah beliau biasanya akan diselitkan kiasan untuk memahamkan lagi para pendengar terutamanya org2 kampung. Caranya cukup berhikmah dan bijaksana. Cuma kadang2 agak pedas dan siapa yg makan cili pasti akan terasa. Hehe=)






Yang paling menarik.. Kata beliau "Garam ni fungsinya baiki ikan2 yang rosak jadi elok.. Dan yang menjadi garam di dunia adalah alim ulamak. Kerana fungsi mereka adalah membaiki masyarakat."

P/s: Semoga negeri Kelantan terus diterajui oleh alim ulamak. Kami tak mahu pemimpin yang hanya tahu bercakap besar, berlagak, sombong diri dan yang rosak akhlaknya. Nauzubillah!

Sekadar perkongsian. Semoga bermanfaat buat diri dan semua;-)

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Sunday, April 11, 2010

Selamat Study buat semua..

Alhamdulillah. Pagi ini udara segar negeri cik siti wan kembang dihirup kembali setelah beberapa bulan meninggalkan negeri berada di ceruk kota untuk menuntut ilmu. Syok juga pagi ni dapat pekena secawan radix dengan karipap dan nugget organic hpa. (haha..promote;-) Cuti yang tak disangka dan langsung tak dirancang. Tiba2 terdetik mahu pulang semalam kerana tengok semua roomate balik di awl cuti lagi. Tujuan balik bukan untuk bercuti kerana namanya pun "study week". Balik hanya sekadar mahu mohon restu bonda dan menjenguk kampung halaman buat beberapa hari sahaja. Syukran tak terhingga buat kak Aina yang hantar ke stesen bas semalam. Tujuan hanya mahu cari tiket kalau2 ada dan tak mengharapkan pun ada. Nasib baik tiket ada lagi. Tulah rezeki namanya.

Pagi yang nyaman, melihat gelagat adik2 yang masih bersekolah bersiap2 di awal pagi untuk ke sekolah. "Belajar bersungguh-sungguh ya. Jangan bergewe(bercinta) lagi.." Pesan saya pada 2 orang adik perempuan yang masih bersekolah menengah ketika bersalaman sebelum mereka ke sekolah. Mereka membalasnya dengan senyuman. "Hm..Nor ni asyik tu je pesannya", balas Afifah yang masih tingkatan 2. Yalah, bimbang juga dengan dunia remaja hari ini yang kadang2 terperangkap dengan cinta monyet di usia muda. Jauh di sudut hati ini, saya mengharapkan Allah memelihara mereka dari segala fitnah dan kelalaian dunia.

Melihat mereka yang masih di bangku sekolah mengingatkan saya tatkala alam persekolahan dulu. Bangun di awal pagi dan menunggu bas sekolah seawal jam 6.30 pagi. (Huh, kadang2 tertinggal bas). Rutinnya begitu, ma akan hantar ke tempat tunggu bas dan pulang dengan tergesa2 untuk menyiapkan keperluan adik2 di rumah untuk ke sekolah. Maklumlah adik-beradik ramai dan ayah sudah tiada. Ma lah yang sibuk uruskan semuanya, hantar anak2 ke sekolah dan kemudian bergegas ke tempat mengajar. Di waktu malam pula, sibuk menghantar anak2 tusyen dan kelas bacaan Quran. Hujung minggu pun tak pernah berhenti tugasnya dengan hantar anak2 tusyen dan sekali-sekala ke kuliah Tok Guru di Kota Bharu. Rutin ma sangat unik. Di awal ketiadaan abah, ma dapat offer sambung belajar dan diterimanya tawaran itu walaupun agak sibuk dengan urusan seharian. Selain itu, di musim perayaan dan hari2 biasa pula bisnes biskut raya dan tempahan kek diterima. Sungguh pelik akan kudrat si ibu ini. Mampu dia melakukan banyak kerja dalam satu masa? walau apa pun, tabik spring buat ma=). Mahu jadi wanita secekalnya yang tidak terlalu bergantung pada orang lain.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Minggu depan exam bermula. Slamat study buat teman2ku sekalian. Ma'attaufiq wannajah buat semua. Buatlah yang terbaik kerana Allah semata ya. Uhibbukum fillah! Especially for my beloved roomates, Fatin Innani, Atifah dan Farhani. Also for my classmates Atiyah, Nik, Waznah, Alia and all of ASIS group. Remember one thing from me.. Do the best and stay the course because Good Luck Bad luck Who knows!

Saya sangat gemar tengok video ni time nak exam.. Hayati bacaan doanya. Memang syok;)



.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Saturday, April 10, 2010

Bilakah air mata ini akan mengalir lagi..


'Abdullah Ibn Mas'uud r.a pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadanya: "Bacakan Al-Quran kepadaku!"

Maka saya bertanya: "Wahai Rasulullah, (wajarkah) saya membacakan Al-Quran kepada tuan, sedangkan Al-Quran itu diturunkan kepada tuan?
Jawab Rasulullah: "Yalah, sesungguhnya saya gemar mendengar bacaan Al-Quran daripada orang lain."
Maka saya pun membacakan Surah An-Nisaa' sehingga sampai kepada ayat ini (maksudnya):

Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu). -An-Nisaa':41

Tiba2 beliau bersabda:
"Cukuplah (bacaan) engkau sekarang"
Ibn Mas'uud menceritakan: "Tiba2 dua kelopak mata beliau mengalirkan air mata."
[Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Dalam satu hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi(maksudnya):
".... Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba2 datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu disebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke dalam kawah neraka, menyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu.."

p/s: Bilakah air mata ini akan mengalir lagi.. Mahu ia terus mengalir laju dengan mengingati Allah, takut akan azabNya. Sesungguhnya air mata yang jatuh kerana Allah akan melembutkan hati, menjernihkan fikiran serta menenangkan jiwa.

Perkongsian untuk menyingkap dan muhasabah diri. Semoga bermanfaat buat diri dan semua.

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Friday, April 2, 2010

Jangan lupa Palestin!

Masih ingatkah lagi kita pada Palestin? Atau dah lupa??
Seingat saya, masa Israel buat serangan secara besar-besaran setahun lebih yang lalu, ramai jugak la yang bersemangat duk tentang Israel ni.. Demo, boikot produk la dan macam2 lagi lah.
Tapi sejak akhir2 ni, nampak agak lengang dan jarang skali duk bicara pasal Palestin ni. Bukan orang lain, saya sendiri pun samalah. Cuma sekali sekala tu ada la tersebut-sebut.

Tembok pemisah, Mereka seolah2 terpenjara di tanah air sendiri..

Tu pun kadang2 dapat jugak mesej berantai pasal Palestin ni.. Mungkin ramai yang tak sedar atau tertipu dgn mesej berantai tu, tapi sebagai muslim prihatin janganlah terlalu senang percaya setiap mesej yang kita dapat. Selidiki dulu.. Bimbang takut2 ada yang ambil kesempatan di sebalik kesusahan orang lain.

Sebenarnya isu Palestin takkan pernah selesai. Pergolakan di Gaza terus berlaku. Umat Islam di sana berterusan ditekan dan dibantai oleh puak yahudi laknatullah. Urusan mereka adalah urusan kita. Rumah dan tanah mereka adalah rumah dan tanah kita. Sakit mereka sakit kita. Derita mereka derita kita. Kelak saya dan kita semua akan ditanya. Apa yang sudah diperbuat untuk bantu mereka. Berdoakah, bantukah walau dgn apa cara? Atau sekadar tengok sahaja? Atau masih lagi duk seronok bergelak ketawa di sini sedangkan mereka bersedih dan menderita di sana? Yelah kadang2 pelik juga kita umat Melayu Islam di Malaysia ni kan. Islam tu kadang-kadang dilihat hanya time solat, puasa dan ibadat2 tertentu sahaja. Time pergi kuliah, bergaul dgn rakan2, berpakaian seolah-olah Islam tu ditinggalkan sejauh2nya. Kalau dikatakan sekular melenting pula. Oh hakikatnya apa yang diamalkan sedemikian amat mirip sekali dgn prinsip sekularisme.

Hakikatnya kita ummat Islam ini dilemahkan dengan benda2 sebegini.. makin hari, ajaran Islam itu makin ditinggalkan sedikit demi sedikit oleh umat Islam sendiri. Budaya yang dibawa masuk ke dalam negara2 umat Islam cukup senang ditiru dan diangkat2 oleh remaja2 dan retua2 yang kurang kesedarannya. Contohnya filem2 barat barangkali diagung2kan kerana kehebatan dan kecanggihan teknologi yang digunapakai. Setiap filem ada diselitkan unsur2 yang bisa mempengaruhi umat Islam tanpa disedari. Artis2 diangkat2 dan dilihat sebagai orang yang berjaya. Gaya2 dan fesyen2 mereka ditiru secara meluas. Tengoklah, sehari demi sehari kita sebagai umat Islam disuntik dengan virus2 ini. Dan tatkala sudah parah virus ini merebak ke seluruhnya maka time tu dah tak boleh buat apa dah. Bagilah segala macam ubat pun, sangat susah untuk disembuhkan.

Cuba tengok video di bawah, Pandora Dalam Filem Avatar seperti di Gaza,



Boleh sama2 pakat fikirlah kan. Sila layari web ini untuk dapatkan maklumat terkini Palestin=)
http://palestinkini.info/

p/s : Jangan lupa Palestin!
Sekadar perkongsian. Semoga bermanfaat buat diri dan semua.

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Friday, March 26, 2010

Wanita, hati-hatilah!

Bismillah. Syukurlah, di pagi yang segar ini masih dapat menghirup udara Allah tanpa sebarang bayaran. Saya amat tertarik dengan artikel Dato' Ismail Kamus berkaitan "Wanita Jahat Senjata Syaitan" dalam ruangan Misteri Alam Ghaib, Majalah Solusi keluaran terkini.

Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ada dua golongan penduduk neraka yang kedua2nya belum pernah kulihat; (iaitu) kaum yang memiliki cambuk spt ekor lembu yang digunakan utk memukul orang dan (kedua) wanita2 yg berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang dan wanita2 yg mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta. Wanita2 tersebut tdk dpt mencium bau syurga. Padahal bau syurga boleh tercium baunya dari jarak yg sangat jauh"


Antara contoh.. Tapi, tudung tu mestilah melebihi paras dada.

Jika dilihat situasi hari ini, memang agak keterlaluan dalam berpakaian dan pergaulan terutamanya anak2 gadis yang masih muda remaja. Masing2 mahu menonjolkan kejelitaan yang mereka ada. Lihat shj majalah Dara.com(maaf, sekadar cth). Saya amat tdk berpuas hati dgn cth pakaian2 muslimah yg dipaparkan krn ianya nyata amat tepat dgn sabda nabi tntg berpakaian tapi bertelanjang.

Si wanita yg sudah berumur atau istilahnya "tua" pula ada yang masih tak sedar diri akan usia yang dah tak lama bak kata orang "Rumah kata pergi, kubur kata mari".. Masih lagi tak puas dgn usia muda. Mungkin anak cucu sudah berderet tapi, masih lagi sempat bertabarruj/berjangok(bhs kelantan) di luar rumah. Mekap setebal kamus dewan(bak kata us hasrizal). Pakaian yang membuka aurat dan ada juga yang join akademi fantasia walaupun sudah bertaraf nenek. Saya cukup terkejut tatkala melihat satu program tv "Ewah-ewah" dan "Jangan Tidur Lagi" suatu hari. Bukan sorang bahkan ramai golongan wanita yang sudah berusia ini datang menonton di studio untuk menyaksikan program tersebut(rombongan agaknya). Yang membuatkan saya terkejut adalah mereka turut sama bertepuk tangan, menjerit2, ketawa terbahak2, dan ada juga yang sampai naik berjoget atas pentas bersama artis2. Pergaulan usah dikira. Bagi saya, sama ja muda ke tua kat ctu.. Semuanya berjiwa muda.. "Alah hidup cuma sekali, apa kata kita enjoy!" Sudah betul rasanya statement tu.


Saya amat terkilan tatkala melihat kadang2 orang yang ada basic agama sendiri pun terjebak dengan perkara ini. Bukanlah salah untuk kelihatan cantik dan kemas dalam berpenampilan, bahkan itulah yang yang dianjurkan Islam. Namun, keterlaluan dalam berhias bukanlah caranya. Mekap tebal2 bukan sahaja kelihatan menakutkan dan merimaskan bagi saya, bahkan turut mengundang bahana kemurkaan Allah. Buat sahabat yang seusia saya, usia kita memang muda, tapi ajal maut kita tak tahu bila. Jom kita sama2 muhasabah diri!


Imam Muslim dlm Sahihnya meriwayatkan sebuah hadis drp Ibn al-Zubair, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya wanita itu, ketika dtg dari depan, dia datang dlm bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula. Oleh sbb itu, jika salah seorang daripada kamu melihat seorg wanita yg menarik perhatian, amka hendaklah dia segera mendapatkan isterinya, dgn demikian itu dapat menolak (gejolak nafsu) yg ada dalam dirinya."

Berhati2lah wahai wanita. Jangan sampai dek kerana kita, sang lelaki makin hanyut dan berdosa. Aurat wajib dipelihara, pergaulan perlu diutama. Berhias adalah fitrah semua manusia namun, limitnya ada. Letakkan agama di depan, inshaAllah semuanya jadi senang dan mudah. Simpanlah bakat berhias anda hanya untuk yang halal sahaja. Contohnya suami, anak2, adik-beradik, cucu2, cicit2 dan seumpamanya. Kan mudah tu. Semuanya Allah dah atur untuk kebaikan dan kemaslahatan ummah.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). " Ali Imran:14

p/s: Terkilan juga.. Semalam lihat pelajar yang belajar agama sendiri membuka auratnya. Hm.. sangat sedih=(

Sekadar perkongsian untuk menyingkap dan muhasabah diri. Semoga bermanfaat buat diri dan semua.

.:.~ Mutiara Tinta.:.~

Mesyuarat Agung Tahunan 2010 PMIUM


Dijemput hadir buat semua ke Mesyuarat Agung Tahunan 2010 PMIUM..

"Unggul Memimpin Generasi"

Friday, March 19, 2010

Thanx ma for visit me!

Assalamualaikum. Bismillah.
"Thanx ma for visit me today". Selamat berangkat pulang ke Kelantan kembali pada malam ni bersama dua anak saudara ma tersayang, Fik dan Ayeh.
Walaupun ma mai KL sehari je, tapi sempat juga datang UM selepas pi jenguk Kak Long kat UIA.

Dah lama ma tak datang UM. Seingat saya masa asasi dulu ma pernah datang sekali. Masa tu minggu lepas habis MHS. Macam2 saya luahkan perasaan saya pada ma yang saya sangat tak puas hati dengan MHS masa tu. Setiap malam, selesai sahaja program saya akan call atau mesej ma. Mengadu tentang MHS yang paling tension dan tertekan buat saya. Manakan tidak, tarbiah yang diterima di Maahad dan Nilam Puri barangkali hampir seratus peratus hilang time ni.. Rasa seolah-olah mahu lari sahaja daripada MHS tu. Walaupun dah pukul dua tiga pagi saya sms ma, dia tetap balas mesej. Tu yang best tu. Ma akan reply kata2 semangat untuk membantu saya menenangkan serta melapangkan hati.

Teringat pula masa belajar kat Nilam Puri dulu. Tak lama pun kat sana, hanya sempat 2 sem. Masa hari pertama dapat masuk, ma yang hantar. Balik je rumah macam2 saya ceritakan dekat ma, puji suasana kat sana yang Islamik. Pengisian rohaninya banyak sekali. Paling best, ceramah Dr Muhiden dua minggu sekali syarah kitab Bulughul Maram. Every week mesti balik, jarang sekali minggu tak balik. Rasa rugi kalau tak balik sebab dah tahu, nanti kalau dah masuk UMKL memang dah tak boleh balik. Apabila datang KL, jarang sekali dapat jumpa ma. Cuma balik kadang-kadang sahaja.

Tadi ma datang lagi lagi. Kali ni sekejap je dapat jumpa ma. Lagipun ma datang KL sehari je. Tak sempat pun bermalam di rumah Cik La. Ada banyak lagi urusan kat sekolah yang nak dibuat katanya, terpaksa balik Kelantan. Takpelah ma.. Teruskan perjuangan mendidik anak2 bangsa. Nak bercerita tentang ma, mungkin takkan habis. Sifat sporting dan keterbukaan yang ada pada ma tu yang paling syok. Kadang2 ma yang terlebih awal call atau mesej tanya khabar. Kalau credit habis, ma akan top upkan. Walaupun hanya dapat jumpa sekejap sahaja hari ini, alhamdulillah dapatlah juga melepaskan rindu.


Buat adik, Muhammad Izzuddin: Selamat menuntut ilmu di Darul Quran. Walaupun pergi ke sana hanya sebulan je untuk belajar Qiraat tapi gunakan masa sepenuhnya untuk fokus dalam pembelajaran dan pengisian rohani di sana. Katanya DarulQuran biahnya solehah. Beruntunglah anda. Nilah masanya untuk Din mengulang-ulang ayat2 hafazan Al-Quran yang lepas. Moga hati makin terang dan otak makin geliga lepas ni mudah-mudahan. InshaAllah. Kalau ada rezeki, harap sangat Din dapat masuk UM. Bolehlah bergerak kerja untuk Islam sama2 di sini=)

p/s: Syukran juga buat cek la yang banyak membantu sepanjang kami di sini. Jazakillah!

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Tuesday, March 16, 2010

Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010

Jemput hadir buat seluruh mahasiswa.
Jam 8pagi-5ptg.

Siapa Cerdik?

Ada satu soalan.

Siapakah orang yang paling cerdik??


Ibnu Umar r.a pernah berkata, "Aku pernah mengadap Rasulullah s.a.w sebagai orang ke sepuluh yang datang, lalu salah seorang dari kaum Anshor berdiri seraya berkata, "Wahai Nabi Allah, siapakah manusia yang paling cerdik dan paling tegas?" Beliau menjawab, "(adalah) Mereka yang paling banyak mengingat kematian dan paling siap menghadapinya. Mereka itulah manusia-manusia cerdas; mereka pergi (mati) dengan harga diri dunia dan kemuliaan akhirat."

(HR. Ath-Thabrani, disahihkan al-Munziri)


Alangkah sempitnya rumah kita nanti.. Bekalkanlah amal soleh agar dilapangkan nanti InshaAllah.


Sedarkah kita bahawa setiap dari kita dilahirkan untuk mati? Setiap baby yang comel yang baru melihat dunia itu pun sudah tertulis bila saat kematiannya. Tidak pernah ada seorang pun manusia dan hidupan di muka bumi ini yang kekal hatta Firaun yang mengaku tuhan sekalipun akhirnya tenggelam dan mati dalam penuh kehinaan.


Umur yang Allah bagi tak lama.. Paling lama pun 60 tahun la. Tapi skang jarang sekali kita lihat sampai umur tu. Abah saya pun meninggal masa umur 48 tahun. Time tu pun tengah sihat2 je. Mati mengejut sampai semua kawan2 dia kat sekolah terkejut. Mana tidaknya, hari ni elok2 pi mengajar, tengok2 esok dah takde. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afiihi wa'fu'anhu. Mudah-mudahan abah tenang di sana.


Entah esok lusa, kita pula. Allah dah kata dalam Quran yang setiap bernyawa pasti akan merasai mati. Persiapan kita lagu mana ye? dah cukup blum? Aduh.. Ni yang kena muhasabah ni. Usia yang ada ni perlulah diisi sebaiknya. Cumanya nk practice cukup susah. Bukankah Allah uji kita dengan syaitan dan nafsu? Oh Tuhan, bantulah kami hambaMu.


Motivasikan diri dengan kematian! Kerana ia suatu kepastian.

Sekadar perkongsian untuk menyingkap dan muhasabah diri.

Peringatan buat diri dan semua.Semoga bermanfaat.


.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Sunday, March 14, 2010

Subhanallah! Indahnya kalamullah..

Saya antara penggemar bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran alunan Sheikh Misyari Al Fasy. Sejuknya jiwa tatkala menyedut alunan yang teramat indah ini. Memang benarlah ayat2 Al-Quran ini lain dari yang lain. Ia boleh menenteramkan jiwa2 serta menyembuhkan penyakit-penyakit hati. Ini baru saja menadah telinga dengan mendengar. Jika dihayati, dikaji serta didalami sudah pasti manfaat yang tak terbilang banyaknya bakal kita perolehi. Oh Tuhan, aku bersaksi akan mukjizat yang agung ini!



Juga nasyid2 yang bisa menyentuh jiwa-jiwa. Layan je.



.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Thursday, March 11, 2010

Ketenangan

Tenangnya air yang mengalir..

Assalamualaikum. Bismillah.
Perlunya ketenangan di saat ini. Perasaan bimbang menyergah sesekali. Manakan tidak? Assignment datang bertimbun, presentation yang berturut2 serta beberapa gerak kerja dan tanggungjawab yang masih belum selesai. Ketika ini jugalah segala kecelaruan dan kekalutan diuji. Oh Tuhan! Tenangkanlah jiwa ini dengan mengingatiMu..

Zikrullah

Yakin akan pertolongan Allah

Memperhatikan bukti kekuasaan Allah

Bersyukur

Tilawah Quran & tadabbur


"Ingatlah hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram" (13:28)

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Sunday, March 7, 2010

Untaian terakhir Sayyid Qutb..

Sayyid Qutb dalam surat terakhir beliau kepada adiknya telah menulis sebelum ia digantung:

"Kita selalu akan merasa sempit dada jika kita merasakan kitalah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan ini, tetapi kesempitan ini tidak akan terasa jika kita merasai bahawa kita menyambung perjuangan yang lalu dan akan diteruskan oleh generasi yang akan datang. Adikku usahlah engkau gerun dengan tali gantung yang akan menjerut leherku ini"

Di Subuh ketika tali gantung dipasang di lehernya, maka dikirimkanlah kepadanya seorang yang bernama 'ulama'. Kepadanya 'ulama' itu berkata "Engkau hendaklah bertaubat dan mengucapkan dua kalimah syahadah." Lalu sayyid Qutb menjawab: "Aku telah menunaikan hak kalimah syahadah itu dan memperjuangkannya, kerana orang yang berkata dengan kalimah itu tidak akan menyembah yang lain."

Pesannya lagi : "Jika ikhlas kita terhadap Allah, maka Allah akan bersama kita masa hidup mahupun mati."

Semoga kita bersama menyambung rantai perjuangan untuk Islam tercinta. Saya sangat sedih kerana apalah sangat sumbangan saya untuk Islam=( . Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat pertolongan dariNya.

Perkongsian untuk menyingkap dan menginsafi diri. Moga bermanfaat buat diri dan semua.

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Thursday, March 4, 2010

Jom kita same2 pi Bro Mc2. Mesti Best!!


Ayuh!! Beramai-ramai join Bro Mc2. Hari ini kita pi sama2 ya.
RM10 ja ka?? Murahnye... Rasanya takde program yang semurah ni di samping pelbagai aktiviti hebat yang ditawarkan. Mudah-mudahan pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang baru diperoleh di sana. InshaAllah.

Wednesday, March 3, 2010

Selamat berehat, Ya syafiah..

Assalamualaikum.. Bismillah.

Kes dera semakin menjadi-jadi pada hari..
Terbaru kes adik syafiah yang didera sehingga menemui ajalnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya serta memberikan kerehatan yang panjang buat dirinya.
Sungguh menyedihkan perkara ini selalunya berlaku kepada keluarga yang mengaku Islam akan tetapi akhlak dan perbuatan tidak menggambarkan peribadi muslim yang sebenar.

Mengapakah ini boleh terjadi?? tidak lain tidak bukan kerana makin jauhnya manusia dari Tuhan.
Melakukan sesuatu hanya mengikut nafsu semata kerana nafsu sudah menjadi raja dalam diri. Wahai insan, sedarlah diri.. apa yang dibuat pasti akan diadili. Walau terlepas hukuman dunia, akhirat sana tetap menanti.

Syafiah, hanyalah seorang anak kecil yang tak tahu apa-apa. Namun, nasib malang menimpanya. Disepak terajang oleh syaitan yang bertopengkan manusia. Melihat akan nasib si anak kecil ini menyebabkan kita makin menghargai akan hidup yang Allah kurniakan hari ini. Keluarga yang menitikberatkan soal agama patut kita syukuri. Kerana agama adalah perkara yang paling utama dalam hidup. Jika agama itu dibuang dalam kehidupan maka, akan punah ranahlah sistem keluarga yang dibina. Agama adalah penjaga kita semua. Syukurlah.... syukurlah.. dan berdoalah agar kita sentiasa tetap dalam keindahan hidup beragama.

Video di bawah mungkin aksi yang terlalu buruk bagi insan yang bergelar manusia. Di mana hilangnya sifat manusia? Beginilah jadinya apabila manusia membelakangkan agama. Video ni daripada youtube tntg orang gaji yang mendera anak majikannya (kesahihannya Wallahu'alam. Tp pengajaran blh diambil). Oh Tuhan, takut pula saya memikirkan andai anak-anak saya kelak dijaga oleh tangan2 orang sebegini. Lebih baik kita sendiri yang menjaga dan membesarkan mereka di depan mata untuk membina generasi unggul untuk umat Islam di masa hadapan. InshaAllah.





Anda boleh buka web Us Zaharuddin untuk dapatkan kupasan yang lebih menarik. Klik disini.
Alangkah indahnya hidup ini andai berpaksikan syariat. Semoga bermanfaat buat diri dan semua. Perkongsian untuk menyingkap dan menginsafi diri.

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Tuesday, March 2, 2010

Jom pakat pi forum "Universiti Diliwat"

Monday, February 22, 2010

Cuti seminggu yang penuh makna..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ini kaki kulangkah kembali ke UM, taman ilmu yang sangat kucintai.
Cuti selama seminggu terlalu sekejap bagiku kerana sudah lama tidak pulang ke kampung halaman. Namun, pelbagai pengalaman selama seminggu di rumah membuatkan cuti ini sangat bermakna buatku..

~16 Februari 2010~
Buat pertama kali menziarahi sahabat rapat di UM, Iwani Abdul Aziz di kediamannya di Tanah Merah. Kunjungan disambut ibu dan adiknya. Berkebetulan rumahnya berdekatan dengan tempat kenduri yang ingin dituju. Sempat menjamu laksa di rumahnya. Mudah-mudahan ikatan ukhuwah yang terjalin makin erat kerana Allah semata. Lain kali jemputlah datang umah saya pulak ya, cik wanie=)

~18 Februari 2010~
Alhamdulillah! Tugasan yang diberi Ustaz Khader berjaya disiapkan setelah saya bersama dua sahabat, Hazwani dan Samiah pergi ke Pusat Rawatan Islam Al-Madani, Pengkalan Chepa. Kajian tentang pusat rawatan Islam tersebut telah memberi banyak pengalaman dan ilmu kepada kami. Jutaan terima kasih buat Ustaz Rahimi, pengasas pusat rawatan yang banyak memberi kerjasama dan tidak lokek ilmu. Rawatan yang digunakan di sana adalah berpandukan Al-Quran dan sunnah dan langsung tidak bercampur unsur-unsur syirik. Sangat mengagumkan setelah ustaz menceritakan pengalaman2nya merawat pesakit dari dalam dan luar negara.
Jazakallah khairan jaza' buat ustaz. Semoga Allah merahmatimu.

bergambar bersama ustaz rahimi yg banyak membantu.. Jazakallah!

~19-20 Februari 2010~
Menghadiri kursus Perkongsian Bijak Cemerlang anjuran HPA. Memang banyak input dan ilmu diperoleh di sana. Baru saya sedar bahawa pentingnya kita sebagai orang Islam turut sama membantu dalam menjana ekonomi umat Islam. Jika sebelum ni kita hanya membeli, mengguna bahkan turut menjual produk2 keluaran bukan Islam. Dari segi status halal amat diragui di kala keadaan dunia hari ini yang bercampur antara yang halal dan haram. Rasa kagum sekali melihat leader2 HPA yang sanggup berkongsi ilmu secara percuma terhadap para peserta. Jelas terpancar keikhlasan dan kerendahan diri walaupun mereka adalah antara usahawan2 yang telah berjaya. Bayaran sebanyak RM150 hanyalah untuk penginapan hotel, makan dan kelengkapan kursus sahaja. Tentatif program yang diatur amat menitikberatkan soal pengisian ruhiyah seperti qiamullail, solat sunat dhuha, bacaan ma'thurat dan seminar2 diselangi nasyid2 pembangkit semangat. Saya amat menggemari bagaimana cara HPA memperkasakan perniagaan bermula daripada insan yang ingin bergelar usahawan. Mereka diajar untuk jujur, amanah, ikhlas dan yang penting bergerak bersama dalam memartabatkan ekonomi umat Islam. Inilah yang dikatakan jihad ekonomi dalam Islam. Wah, sangat menarik bukan?


Bergambar selepas kursus PBC. Gembira dapat jumpa sahabat lama Amalia dan kenalan baru, Nisa' dan kak ani=)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pejam celik pejam celik rupa2nya sudah 9 tahun abah kesayanganku telah kembali ke rahmatullah. Tanggal 20 Februari 2001 yang lalu, abah meninggalkanku buat selama-lamanya. Jika masa itu, aku masih kebudak-budakan tapi hari ini aku sudah dewasa. Pantasnya masa berlalu. Menghitung hari dan sisa-sisa hidup, aku tahu aku juga bakal ke sana. Cuma cepat atau lambat sahaja ditentukan olehNya. Muhasabah diri dengan kematian.. Benar, Ia bisa menginsafkan! Aku baru sahaja menerima berita kematian adik kepada sahabatku, Syazwani yang meninggal setelah accident. Begitu juga berita kematian ayah kak Ayuni yang sangat kukagumi. Takziah buat mereka sekeluarga. Semoga Allah menempatkan mereka di syurga. Amin.

Sekadar perkongsian untuk merelaxkan fikiran. Oh, esok ada test Multimedia System. Doakan saya ya semua;-)

memories of Tok Ayah

Klik untuk dapatkan Buku2 Telaga Biru!!

Labels

My family..

My family..

Followers

 

Mutiara Tinta | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates