Thursday, May 20, 2010

Nak Tiru Bonggol unta??


Cari persamaan antara kedua-dua gambar di atas..

Tak tahulah apa yang cantik sangat dengan sanggul tinggi-tinggi umpama bonggol unta kat atas kepala.. Saya pun baru tahu yang fesyen terkini kat Malaysia, wanita muslimahnya sudah pandai mengenakan fesyen ala-ala Arab yang menonjolkan sanggulnya walaupun bertudung. Sebelum ni pun, saya memang tercari-cari bagaimanakah keadaan wanita yang rambutnya seperti bonggol unta sepertimana yang diungkapkan dalam hadis junjungan Baginda s.a.w:

Maksudnya :

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat kedua-duanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang ( iaitu penguasa yang kejam), (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan bisa masuk syurga, dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian."
(Riwayat Muslim, Babul Libas)


Baru-baru ini pun saya melihat sendiri di depan mata akan gelagat seperti ini.. Ya Allah, saya tumpang rasa malu di atas perbuatan tersebut. Kenapa begitu tinggi sekali bonggol rambut di atas kepalanya. Mungkin apabila sudah menjadi trend dan fesyen, budaya pemakaian seperti ini sudah lagi tidak menimbulkan perasaan malu di kalangan pemakainya. Allahu robbi, aku berlindung kepadaMu buat diriku, sahabat2ku serta zuriat keturunanku kelak daripada amalan yang dilaknat ini.

Nilah bonggol sanggul yang saya maksudkan.. Kosmo online(ruangan Stylo) siap ajar lagi bagaimana cara untuk menampakkan bonggol kalau si pemakainya berambut pendek.. iaitu dgn menggunakan kain untuk membuat bonjolan seolah-olah seperti sanggul.

Hidup semakin mencabar, arus dunia fesyen semakin marak masuk ke gedung-gedung busana muslim. Hakikatnya fesyen yang digayakan amat jauh sekali dengan pengertian pakaian yang digariskan syariat. Manusia semakin buta menilai mana yang hak dan batil. Janganlah hanya dikaburi dengan fesyen muslimah sahaja, kita terus terpedaya. Hati-hati memilih, nanti kita sendiri yang akan mendapat bahana akibat dan kesan kemurkaan Allah..

p/s: Amat tertarik dgn ulasan Kak Haslina(isteri Ustaz Zaharuddin) dlm blognya yang bertajuk Buat Muslimah Yang Dikasihi..

Semoga bermanfaat. Sekadar perkongsian untuk merenung dan muhasabah diri (^_^).

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

4 comments:

nursempurna said...

mcm2 fesyen tudung skrg ni.sy pn trkejut gak ngn trend trbaru ni.bg mrk asal bertudung jah kiro tutup aurat.hurm..xtau la apa nk jd ngn dunia skrg ni..

Nur Aziemah said...

Hm..stuju sangat lah dgn Kamilah. Bg saya, sape2 pun tak salah untuk berfesyen tapi, biarlah kena dgn syariat. Ok, smga istiqamah sokmo=)

~princess Islam~ said...

"Allah itu cantik dan suka akan kecantikan"..
Kalau berfesyen tidak didasari dengan peraturan yg Allah syariatkan, habislah..
Syarat perempuan masuk syurga sngt mudah, taat suami, jaga solat, puasa, jga aurat..masuklah mana2 pintu syurga yg disukai..
tp kebanyakan perempuan bnyk tersangkut sbb pemakaian..
Semoga Allah terus melindungi kita..=))

Nur Aziemah said...

Agree with suaidah.. Wanita ni senang nk masuk syurga dan senang juga nk masuk neraka. Sama2 muhasabah diri inshaAllah!

Post a Comment

memories of Tok Ayah

Klik untuk dapatkan Buku2 Telaga Biru!!

Labels

My family..

My family..

Followers

 

Mutiara Tinta | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates