Saturday, May 29, 2010

Syeikh dan daie kecil..

Saya membuka youtube dan terjumpa kanak2 ini. Amat seronok mendengarnya berceramah dan berhujjah umpama seorang yang alim dan faqih dalam agama. Mutiara2 hikmah dan kefasihan keluar dari bibirnya. Semua yang tua dan muda bisa mengambil ilmu darinya. Subhanallah, hebatnya kurniaan Allah buat si anak kecil ini. Mudah-mudahan ia membawa seribu rahmah kepada seluruh muslimin.. Tidak silap namanya Muslim Said. Semoga Allah memberkahi dan melindungi anak kecil ini. Saya amat mengaguminya..:)

Beliau bersama kanak2 seusianya..





Di samping orang2 dewasa yang turut mengaguminya..






alunan Quran yang dibacanya..



Turut membacakan doa dan diaminkan seluruh jamaah..



video ni mungkin masa dia masih kecil. Sangat best!!



Sangat seronok dan syok mendengar ini semua. Di kala Malaysia, negaraku melahirkan penyanyi2 muda dari Lubuk Idola Kecil, telah lahir pula insan kecil ini untuk membaiki manusia. Subahanallah, hebatnya Allah. Kanak2 adalah bersih umpama kain putih dan ibu bapanyalah yang mencorakkannya. Kasihan pula melihat adik2 yang sejak kecil lagi dididik dan diajar dengan nyanyian akan tetapi tidak diajar mengenal Tuhan. Ibubapa pula bangga melihat anak2 berjaya dalam dunia nyanyian dan hiburan tanpa menyedari hakikat dosa yang bakal menimpa. Merosakkan anak sendiri secara tidak langsung menjadi agen perosak masyarakat. Baiklah, jika yang tua tidak mahu mendidik yang muda biarlah yang kecik ini mengajar dan mendidik yang tua. Cukuplah peringatan yang dibawakan Allah dari si kecil ini. Alhamdulillah, semoga ilmu dan manfaat yang banyak boleh diambil daripadanya.

Sekadar perkongsian untuk merehatkan minda. Moga bermanfaat buat diri dan semua..:)

Monday, May 24, 2010

Borak-borak..

Syukur dapat bertemu lagi dengan ibuku 2 hari lepas. Saya menemaninya bersama kakak menghantar adik masuk USIM. Syukran jazilan buat Pak Cik Solah dan Che La yang banyak membantu kami sepanjang di sini. Salam perjuangan dalam menuntut ilmu buat Izzuddin. Selamat menempuh alam universiti yang lebih mencabar.

**************************************************************************************

Semalam, selesai sahaja makan tengahari di rumah Che La, saya diajak berbual-bual dengannya sambil menjamu makan buah mempelam. Tidak sempat menghabiskan pinggan mangkuk di sink, saya dipanggil dan dipaksa untuk ke meja kembali untuk menjamah buah mempelam yang dikupas Che La(mak cik). "Jomlah, dah lama Che La tak berbual dengan Nor.. Biarlah pinggan di situ, nanti Che La basuh.." Begitulah lebih kurang ungkapannya memanggilku. Tak sampai hati melihatnya acap kali memanggil, saya terus ke meja makan kembali. Pelbagai topik yang dibualkan. Maklumlah balik sekali-sekala ke rumahnya. Tu pun kerap juga Che La call suruh datang ke rumahnya namun, disebabkan kesibukan sebagai student agak membataskan waktuku. Che La beria-ia nak belajar Adobe photoshop dan macam2 lagi lah tentang komputer. Walaupun saya ni taklah pandai sangat tapi, disebabkan orang mengharap kucuba sekadar termampu. Semoga orang lain turut mendapat manfaat apa yang kita belajar.


Topik yang dibualkan biasalah saling bertanya khabar dan berkaitan perkara yang berlaku kat sekeliling. Che La meluahkan rasa ketidakselesaannya tatkala kembali bertugas sebagai guru di sekolah lamanya. Sebelum ni, dia cuti selama lebihkurang 2 tahun untuk menghabiskan 'master'nya dan sudah lama tidak menjejak kaki ke sekolah kembali. Katanya, dia amat terkejut dengan keadaan sekarang di sekolah. Banyaknya perubahan yang sudah berlaku. Bukan makin baik, tapi makin teruk. Budak2 sekolah makin ramai yang rosak, suasana sekolah amat tidak menyelesakan bagi orang sepertinya. Katanya, di sekolah penekanan terhadap agama langsung tidak diambil berat oleh pihak sekolah.

bagaimana keadaan generasi kecil ini mebesar dalam keadaan suasana umat yang kian parah..

Saya amat bersetuju dengannya, kerana saya sendiri melihat suasana yang hampir sama di universiti tempat saya belajar. Berapa ramai yang hanyut walaupun di kalangan student agama sendiri. Yang tak ambik kos agama pula berapa ramai yang meminggirkan terus agama dari hidup mereka. Kami mengeluh kerisauan memikirkan keadaan umat yang makin terhoyong-hayang dek kerana meletakkan agama jauh di belakang. Kata Che La, lihatlah sahaja di sekeliling kita gejala sosial di mana2. Hidup pun rasa tak aman dan tenteram. Bagaimanalah nasib generasi akan datang apabila begini rupanya keadaan sekarang. Saya mengiyakan sahaja tanda bersetuju. Katanya kita tak boleh nak salahkan anak-anak muda ni saja tapi kita kena tengok pula apa yang menyebabkan mereka rosak. Jawapannya, sistem yang digunapakai di negara kita ni memang dah rosak.

Lihatlah bagaimana sekularisme itu menyelinap masuk dalam seluruh sistem termasuklah sistem pemerintahan, pendidikan dan sebagainya. Kami sepakat menyatakan pemimpin yang ada hari ini memang sudah terlalu sukar untuk dihormati. Di mana contoh teladan yang ditonjolkan? Tidak ada.. yang ada hanyalah gambar aksi2 buruk pemimpin Islam dengan minuman keras, pelbagai cerita2 busuk yang terus melekat dan berkudis di badan2 mereka. Dalam ucapan2 mereka, jarang sekali dilafazkan ungkapan2 yang menggambarkan tentang Islam.. yang ada hanyalah pembangunan material dan perjuangan bangsa. Saya sendiri sudah bosan dengan pemimpin seperti ini. Tambah2 lagi dengan isu kelulusan lesen judi yang heboh diperkatakan baru2 ni.. sudahla mereka sudah rosak, nak rosakkan lagi rakyat2 di bawah. Oh Tuhan, aku berlindung dari kejahatan pemimpin sebegini.. Cukuplah Tsunami lepas sebagai pengajaran buat seluruh umat tentang bahana kemurkaan Allah. Janganlah mengundang Tsunami yang seterusnya atau lebih dasyat lagi..

Mungkin ini adalah sekadar keluhan saya dan makcik saya sebagai rakyat biasa yang menghuni bumi Malaysia. Walaupun namanya negara Islam namun, kami tidak merasai keizzahan Islam di sini. Kekadang kami sendiri terasa takut melihat gelagat2 manusia di luar sana. Bacalah akhbar, mahu nak termuntahnya melihat terlalu banyak masalah2 sosial dan jenayah yang berlaku setiap hari. Buang bayi, rogol, rumah pelacuran, bunuh, dadah dan banyak lagi yang amat meloyakan.

Penyelasaiannya?? Hm..sama2 pakat fikirlah. Bagi saya mudah je. Pilihan Raya Umum akan datang, tukarlah kerajaan baru yang lebih bersih untuk tadbir negara. Pastikan agama yang menjadi asas pentadbiran negara. Baru rasa selamat sikit. Tak mahu cakap lebih2, nanti didakwa ayat poltik pula. Lihat saja student UKM yang didakwa berpolitik dan dikenakan AUKU. Kasihan mereka.. Dlm Islam, politik sentiasa terikat dengan Islam dan tak boleh dipisahkan sama sekali dan tiada had umur pun bagi sesiapa yang nak berpolitik. Aduhai negaraku Malaysia....

Sekadar perkongsian. Mudah-mudahan bermanfaat buat diri dan semua=)

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Thursday, May 20, 2010

Nak Tiru Bonggol unta??


Cari persamaan antara kedua-dua gambar di atas..

Tak tahulah apa yang cantik sangat dengan sanggul tinggi-tinggi umpama bonggol unta kat atas kepala.. Saya pun baru tahu yang fesyen terkini kat Malaysia, wanita muslimahnya sudah pandai mengenakan fesyen ala-ala Arab yang menonjolkan sanggulnya walaupun bertudung. Sebelum ni pun, saya memang tercari-cari bagaimanakah keadaan wanita yang rambutnya seperti bonggol unta sepertimana yang diungkapkan dalam hadis junjungan Baginda s.a.w:

Maksudnya :

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat kedua-duanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang ( iaitu penguasa yang kejam), (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan bisa masuk syurga, dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian."
(Riwayat Muslim, Babul Libas)


Baru-baru ini pun saya melihat sendiri di depan mata akan gelagat seperti ini.. Ya Allah, saya tumpang rasa malu di atas perbuatan tersebut. Kenapa begitu tinggi sekali bonggol rambut di atas kepalanya. Mungkin apabila sudah menjadi trend dan fesyen, budaya pemakaian seperti ini sudah lagi tidak menimbulkan perasaan malu di kalangan pemakainya. Allahu robbi, aku berlindung kepadaMu buat diriku, sahabat2ku serta zuriat keturunanku kelak daripada amalan yang dilaknat ini.

Nilah bonggol sanggul yang saya maksudkan.. Kosmo online(ruangan Stylo) siap ajar lagi bagaimana cara untuk menampakkan bonggol kalau si pemakainya berambut pendek.. iaitu dgn menggunakan kain untuk membuat bonjolan seolah-olah seperti sanggul.

Hidup semakin mencabar, arus dunia fesyen semakin marak masuk ke gedung-gedung busana muslim. Hakikatnya fesyen yang digayakan amat jauh sekali dengan pengertian pakaian yang digariskan syariat. Manusia semakin buta menilai mana yang hak dan batil. Janganlah hanya dikaburi dengan fesyen muslimah sahaja, kita terus terpedaya. Hati-hati memilih, nanti kita sendiri yang akan mendapat bahana akibat dan kesan kemurkaan Allah..

p/s: Amat tertarik dgn ulasan Kak Haslina(isteri Ustaz Zaharuddin) dlm blognya yang bertajuk Buat Muslimah Yang Dikasihi..

Semoga bermanfaat. Sekadar perkongsian untuk merenung dan muhasabah diri (^_^).

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

Friday, May 14, 2010

Jom ke KARNIVAL AURA UNGU..






Pelbagai aktiviti menarik menanti anda..
Anjuran: NISA'

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Bonda..

Selamat Hari Ibu buat bonda, Pn. Hjh. Fauziah binti Ismail.
Sebenarnya setiap hari pun hari ibu.. Cuma hari ni saje je nak wish lebih skit.

Suka memetik kalungan puisi penuh makna William Shakespeare:

My bounty is as boundless as the sea
My love as deep
The more I give to thee
The more I have
For both are infinite..

Bagi saya, begitulah gambaran cinta yang mendalam setulus kudus hanya untuk insan bergelar ibu.

Cukuplah kalam Allah menjadi peringatan buat orang2 yang benar-benar memikirkan..
Firman Allah yang bermaksud:

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusuya adalah tiga puluh bulan.." Al-Ahqaaf:15


"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, Hanya kepada-Kulah kembalimu."
Luqman:14



"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)."
Ibrahim:41

Firman Tuhanku bukan sekadar untuk dibaca namun, dihayati dan dituruti. Moga Allah terus mendekatkan diriku dengan ibuku. Kerana aku yakin disitulah adanya berkat, di situlah adanya Syurga buatku. Ma, doakan diri ini menjadi anakmu yang solehah. Redhalah diriku sewaktu hidup dan matiku. Halalkan makan minumku dan ampunkanku atas segala keterlanjuran. Moga Allah sentiasa merahmati, mengampuni serta mengasihimu. Ya Robb, masukkanlah ibuku ke dalam SyurgaMu kerana kuyakin dia telah menunaikan amanahMu.. Amin!

Ana uhibbuki hubban syadidan ya ummi..

Thanx ma for everything!! Love ma forever..

Tak lupa juga buat nenda, Hjh Sapiah yang telah melahirkan ma. Selamat Hari Ibu buat mek. Semoga Mek sentiasa sihat untuk terus beribadat kepadaNya. Rindunya dekat mek. Setiap kali pergi umah mek ada-ada saja buah tangan darinya. Lagi satu, air tangan Mek sangat luar biasa. Setiap masakannya tak kiralah nasi kerabu, laksa, ayam percik, gulai kari, sup tulang, daging bakar dan apa saja sangat menyelerakan. Lebih-lebih lagi kalau dapat makan dengan budu. Hehe=) Teringat suatu ketika, mek beriya2 masak laksa Penang sebab tahu saya sangat suka laksa Penang walaupun menu hari tersebut hanyalah laksa lemak Kelantan. Timo kasih Mek.. Nor sayang Mek!

Wajah mek.. Wanita ini sangat dekat dengan Allah. Walaupun sudah dimamah usia namun tahajudnya, amalannya mengagumkan diriku..


Penatnya ibu mengandung, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak2. Namun, sejauh manakah ingatan anak2 padanya? Sekadar renungan kita bersama..

Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri dan semua. Mudah-mudahan bermanfaat.


.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

memories of Tok Ayah

Klik untuk dapatkan Buku2 Telaga Biru!!

Labels

My family..

My family..

Followers

 

Mutiara Tinta | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates