Thursday, April 29, 2010

Mahu juga seperti mereka..

Alquran penyuluh jiwa orang-orang yang beriman!

Baru2 ni sempat join satu program kat Shah Alam. Kawan yang ajak. Walaupun program tu agak simple tapi BEST sangat sebab dapat ilmu dan satu semangat baru dalam Hafalan Al-Quran.

Program yang diberi nama The Power of Mind ni lebih kepada cara untuk merangsang minat dan teknik2 dalam menghafal ayat2 Quran. Paling best, dapat lihat dan dengar pengalaman adik Aziz yang selesai hafaz 30 juzuk ketika berusia 13 tahun. Oh, hebatnya anugerah Allah. Ingat ayat yang keluar dari mulutnya yang simple ketika diminta untuk memberi pesanan terakhir buat kakak2 yang dah berusia ni untuk turut sama menghafal. Katanya.. "Kalau ada Quran tu, bacalah.. dan hafal sikit2.." Hm..malu betul rasanya tatkala ada sorang budak yang tegur orang-orang yang dah berusia macam saya ni. Memang terkena sangat2. Hehe.

dari kiri, adik Aziz yang malu2, Nadia, pengerusi dan Mawaddah..

Kakak Aziz, Nurul Nadia namanya. Seorang pelajar UKM yang manis dan sopan orangnya. Beliau juga sudah selesai menghafaz 30 juzuk sewaktu berada di Yaman. Menceritakan pengalamannya serta bagaimana dia boleh tercetus motivasi untuk menghafaz kalamullah ini.. Katanya "Saya termotivasi dengan beberapa ayat Allah iaitu:

Firman Allah yang bermaksud:

"Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat."
Surah Thaha:114-115


"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?"
Surah Al-Qamar: 22


"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya."
Surah Qaaf: 37

Oh Tuhan, bergetar jiwa ini tatkala melihat masih ada insan yang bukan setakat membaca kalamMu akan tetapi turut mengamalkan isi kandungannya. Begitu indah kalamullah.. andai dibaca, dihayati, dan diamalkan. Seterusnya menjadi motivasi berterusan buat diri.

Begitu juga dengan saudari Mawaddah yang menceritakan bagaimana beliau hidup dalam suasana hafalan Al-Quran semenjak kecil. Ketika ditanya sejak bila beliau mula mengenali dan menghafaz Al-Quran. Katanya, dia diajar Al-Quran seawal berusia dua setengah tahun. Subhanallah! Benarlah suasana dan biah yang solehah juga amat memainkan peranan dalam pembentukan insan. Lebih-lebih lagi yang ingin bergelar Huffaz.

Semoga diriku ini beroleh manfaat yang banyak. Saya lihat dan saya perhatikan. Berterusan memikirkan, bahawa masih belum terlambat untuk insan seperti saya untuk menjadi seperti mereka. Tak boleh banyak, sedikit pun takpa. Yang penting konsisten. InshaAllah!

p/s: Suka lihat adik dan sepupu-sepupu ramai yang hafaz Quran. Mudah-mudahan semangat cintakan Al-Quran terus mengalir dalam diri ini juga hendaknya. Amin.

Sekadar perkongsian merehatkan jiwa. Moga bermanfaat.

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

1 comments:

DaYaU said...

betul2... jadi la golongan yg cintakan al-quran.. insyallah .. kita masih belum terlambat untuk menjadi haffaz al-quran, al-quran itu kallam Allah.. cuma perlu istiqamah je.. sama-sama kita menjadi golongan huffaz al-quran... insyallah..

Post a Comment

memories of Tok Ayah

Klik untuk dapatkan Buku2 Telaga Biru!!

Labels

My family..

My family..

Followers

 

Mutiara Tinta | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates