Syukurlah kita sudah masuk ke bulan Februari. Cepatnya masa berlalu. Masuk je bulan ini, saya terlintas akan satu hari yang dirayakan oleh sebahagian besar remaja kita hari ini iaitu Valentine's Day yang jatuh pada 14 Februauari. Anak-anak muda yang mengaku Islam juga ramai yang terjebak dengan sambutan bagi meraikan kekasih ini.
Bagaimana sejarah timbulnya perayaan tersebut langsung tidak diselidiki bahkan mereka lebih suka jadi pak turut apa sahaja yang dibawa oleh Barat bagi menjajah pemikiran mereka. Bagi yang tidak turut serta, barangkali dikatakan kolot ataupun takde boyfriend atau girlfriend untuk diraikan. Mungkin mereka inilah yang dikatakan orang putih yang berambut hitam dan berwajah gelap. Minda mereka terlalu mudah dijajah dengan benda2 yang menyeronokkan dan melalaikan walaupun bertentangan dengan syariat.
SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE
-dipetik drp tulisan Dr. Danial Zainal Abidin
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.
Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. (http://www.history.com/content/valentine/history-of-valentine-s-day)
Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. (http://jmm.aaa.net.au/articles/5460.htm)
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine' (Daripada 'Valentine'mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. (http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine)
Pendapat ketiga. Menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. (http://catholic-saints.suite101.com/article.cfm/the_origin_of_valentines_day)
Dsini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
**************************************************************************************
Duhai sahabat, fikir2kanlah.. jangan terlalu hanyut dengan dunia yang hanya menipu. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang leka dan kesesatan.
Semoga bermanfaat. Pesanan buat diri dan semua=)
.:. ~Mutiara Tinta~ .:.
0 comments:
Post a Comment