Monday, February 22, 2010

Cuti seminggu yang penuh makna..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ini kaki kulangkah kembali ke UM, taman ilmu yang sangat kucintai.
Cuti selama seminggu terlalu sekejap bagiku kerana sudah lama tidak pulang ke kampung halaman. Namun, pelbagai pengalaman selama seminggu di rumah membuatkan cuti ini sangat bermakna buatku..

~16 Februari 2010~
Buat pertama kali menziarahi sahabat rapat di UM, Iwani Abdul Aziz di kediamannya di Tanah Merah. Kunjungan disambut ibu dan adiknya. Berkebetulan rumahnya berdekatan dengan tempat kenduri yang ingin dituju. Sempat menjamu laksa di rumahnya. Mudah-mudahan ikatan ukhuwah yang terjalin makin erat kerana Allah semata. Lain kali jemputlah datang umah saya pulak ya, cik wanie=)

~18 Februari 2010~
Alhamdulillah! Tugasan yang diberi Ustaz Khader berjaya disiapkan setelah saya bersama dua sahabat, Hazwani dan Samiah pergi ke Pusat Rawatan Islam Al-Madani, Pengkalan Chepa. Kajian tentang pusat rawatan Islam tersebut telah memberi banyak pengalaman dan ilmu kepada kami. Jutaan terima kasih buat Ustaz Rahimi, pengasas pusat rawatan yang banyak memberi kerjasama dan tidak lokek ilmu. Rawatan yang digunakan di sana adalah berpandukan Al-Quran dan sunnah dan langsung tidak bercampur unsur-unsur syirik. Sangat mengagumkan setelah ustaz menceritakan pengalaman2nya merawat pesakit dari dalam dan luar negara.
Jazakallah khairan jaza' buat ustaz. Semoga Allah merahmatimu.

bergambar bersama ustaz rahimi yg banyak membantu.. Jazakallah!

~19-20 Februari 2010~
Menghadiri kursus Perkongsian Bijak Cemerlang anjuran HPA. Memang banyak input dan ilmu diperoleh di sana. Baru saya sedar bahawa pentingnya kita sebagai orang Islam turut sama membantu dalam menjana ekonomi umat Islam. Jika sebelum ni kita hanya membeli, mengguna bahkan turut menjual produk2 keluaran bukan Islam. Dari segi status halal amat diragui di kala keadaan dunia hari ini yang bercampur antara yang halal dan haram. Rasa kagum sekali melihat leader2 HPA yang sanggup berkongsi ilmu secara percuma terhadap para peserta. Jelas terpancar keikhlasan dan kerendahan diri walaupun mereka adalah antara usahawan2 yang telah berjaya. Bayaran sebanyak RM150 hanyalah untuk penginapan hotel, makan dan kelengkapan kursus sahaja. Tentatif program yang diatur amat menitikberatkan soal pengisian ruhiyah seperti qiamullail, solat sunat dhuha, bacaan ma'thurat dan seminar2 diselangi nasyid2 pembangkit semangat. Saya amat menggemari bagaimana cara HPA memperkasakan perniagaan bermula daripada insan yang ingin bergelar usahawan. Mereka diajar untuk jujur, amanah, ikhlas dan yang penting bergerak bersama dalam memartabatkan ekonomi umat Islam. Inilah yang dikatakan jihad ekonomi dalam Islam. Wah, sangat menarik bukan?


Bergambar selepas kursus PBC. Gembira dapat jumpa sahabat lama Amalia dan kenalan baru, Nisa' dan kak ani=)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pejam celik pejam celik rupa2nya sudah 9 tahun abah kesayanganku telah kembali ke rahmatullah. Tanggal 20 Februari 2001 yang lalu, abah meninggalkanku buat selama-lamanya. Jika masa itu, aku masih kebudak-budakan tapi hari ini aku sudah dewasa. Pantasnya masa berlalu. Menghitung hari dan sisa-sisa hidup, aku tahu aku juga bakal ke sana. Cuma cepat atau lambat sahaja ditentukan olehNya. Muhasabah diri dengan kematian.. Benar, Ia bisa menginsafkan! Aku baru sahaja menerima berita kematian adik kepada sahabatku, Syazwani yang meninggal setelah accident. Begitu juga berita kematian ayah kak Ayuni yang sangat kukagumi. Takziah buat mereka sekeluarga. Semoga Allah menempatkan mereka di syurga. Amin.

Sekadar perkongsian untuk merelaxkan fikiran. Oh, esok ada test Multimedia System. Doakan saya ya semua;-)

Sunday, February 7, 2010

Jom Membeli Belah di E-Store Saya!!

Assalamualaikum WBT.
Berita baik buat semua. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku2 berkualiti keluaran Telaga Biru. Anda tidak perlu susah2 ke kedai buku dan boleh tempah terus melalui saya ataupun beli secara online di Kedai Buku e-Store saya, http://stormreaders.net/aziemah.

Anda boleh memilih pelbagai judul buku yang menarik di sini. Semuanya padat dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Misalnya:

Sahih Tafsir Ibn Kathir

Syarah Al-Hikam

Majalah Solusi kegemaran ramai..

Buku2 kupasan cinta menurut Islam

Novel2 Islamik

Buku2 motivasi
Buku2 zikir yang ma'thur dari nabi saw

Dan banyak lagi buku2 keluaran Telaga Biru. Anda boleh hubungi saya pp_zie@yahoo.com atau terus menempah buku di e-store saya.

Thursday, February 4, 2010

Valentine's Day.. Umat Islam jangan jadi pak turut!

Assalamualaikum. Bismillah.

Syukurlah kita sudah masuk ke bulan Februari. Cepatnya masa berlalu. Masuk je bulan ini, saya terlintas akan satu hari yang dirayakan oleh sebahagian besar remaja kita hari ini iaitu Valentine's Day yang jatuh pada 14 Februauari. Anak-anak muda yang mengaku Islam juga ramai yang terjebak dengan sambutan bagi meraikan kekasih ini.

Bagaimana sejarah timbulnya perayaan tersebut langsung tidak diselidiki bahkan mereka lebih suka jadi pak turut apa sahaja yang dibawa oleh Barat bagi menjajah pemikiran mereka. Bagi yang tidak turut serta, barangkali dikatakan kolot ataupun takde boyfriend atau girlfriend untuk diraikan. Mungkin mereka inilah yang dikatakan orang putih yang berambut hitam dan berwajah gelap. Minda mereka terlalu mudah dijajah dengan benda2 yang menyeronokkan dan melalaikan walaupun bertentangan dengan syariat.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

-dipetik drp tulisan Dr. Danial Zainal Abidin

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. (http://www.history.com/content/valentine/history-of-valentine-s-day)

Pendapat kedua
mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. (http://jmm.aaa.net.au/articles/5460.htm)

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine' (Daripada 'Valentine'mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. (http://en.wikipedia.org/wiki/Valentine)

Pendapat ketiga
. Menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. (http://catholic-saints.suite101.com/article.cfm/the_origin_of_valentines_day)
Dsini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


**************************************************************************************

Duhai sahabat, fikir2kanlah.. jangan terlalu hanyut dengan dunia yang hanya menipu. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang leka dan kesesatan.
Semoga bermanfaat. Pesanan buat diri dan semua=)
.:. ~Mutiara Tinta~ .:.

Wednesday, February 3, 2010

PRK 09/10. Kemuncup dalam perjuangan ProM..


Assalamualaikum.
PRK tahun ini agak panas dari biasa. Semuanya bermula dari masalah e-voting yang diragui ketelusannya. Saya bukanlah orang yang berada di pentasnya yang merasai pahit getir Pro-M dalam merentasi ujian dan cabaran ini. Namun, hanya melihat dari jauh dan melihat akan perjuangan mahasiswa rupanya masih segar dan terus subur di bumi UM tercinta. Mahasiswa menuntut keadilan adalah kerana mahukan hak mereka terbela. Mungkin orang yang tidak tahu menahu akan cerita yang sebenar akan menuding jari mengatakan ProM agak keterlaluan dalam berdemonstrasi atau menunjukkan ketidakpuashatian mereka. Malah ketika malam diumumkan keputusan PRK, ProM telah menawan Canselori UM untuk mendapatkan penjelasan ayahanda NC dan TNC HEP. Semuanya ternyata mengecewakan apabila suara PRoM tidak dilayan malah TNC dikatakan lari ikut pintu belakang.


Kemudian, keesokannya dikatakan akan diumumkan keputusan PRK sekali lagi melalui kiraan semula kerana mendapat bantahan dari ProM. Namun, persoalannya bolehkah dilakukan kiraan semula melalui sistem e-voting? sedangkan ia semuanya hanya berada dalam satu sistem yang tidak diketahui pergerakannya dan sama sekali tidak ada "check and balance". Ini terbukti apabila keputusan PRK diumumkan pada Rabu lalu dan keputusannya adalah tetap sama.


Mengapa saya tolak undi secara e-voting?
- Undi saya dan sahabat saya tidak lagi menjadi rahsia. Semuanya ada dalam database yang mana IC dan matric card dimasukkan sekali.
- Penolakan e-voting bukan kerana sistem yg digunapakai, tapi kredabiliti orang yang menguruskannya iaitu pihak HEP yang teramat banyak dikaitkan dengan penindasan mahasiswa.
- Bila2 masa sahaja server boleh down dan ini boleh mengganggu proses pengundian. Pengalaman sahabat saya sendiri yang mana beliau terpaksa bertukar2 komputer akibat masalah yang timbul serta akhir skali penyelia yang masukkan no pinnya sdr. Agak pelik.
- Sbb e-voting di UM tidak ada "check and balance"yg mana apbl kiraan semula dilakukan hasilnya tetap sama.


Saya hanyalah insan biasa. Tidak tahu apa-apa. Yang saya tahu adalah menyokong pihak yang benar walaupun mereka diprovokkan tentang ekstrim atau keterlaluan. Adakah tidak keterlaluan jika suara mahasiswa disekat oleh pihak universiti? Bagaimana dengan keadilan terhadap mahasiswa? Kenapa hanya sebelah pihak sahaja yang mendapat pelbagai advantage tapi sebelah lagi dianaktirikan? Kenapa setiap malam sebelum PRK pintu2 pagar kolej kediaman dikawal ketat sehingga merimaskan? Kenapa couple yang beraksi di pondok2 tak dikawal dan dibiarkan? Para pelajar dibuang kolej sbb dilabel budak ProM? Kenapa program2 di kolej kediaman sangat teruk dan tidak intelek langsung apatah lagi islamik walaupun JTK kolej ramai budak API? Pop Band, karaoke, dinner yang berkonsepkankan pelbagai acuan barat?? Kenapa ini masih berlaku?


Saya hanyalah memerhati.. dan berfikir.. sampai bila kepala kita akan dijajah pemikirannya. sampai bila? Saya tak sanggup.. Saya mahukan perubahan. Mereka bukanlah ekstrim seperti yang diwarwarkan. Mereka bukan juga tamakkan kuasa. Tapi mereka mahukan kuasa itu dipegang oleh pihak yang benar dan telus dalam pentadbiran. Seterusnya kepimpinan dan kemahasiswaan diperkasakan. Intelektual dan agama seiringan. Itu yang saya mahukan dari pimpinan mahasiswa yang saya sanjungi.

Buat ProM, menang atau kalah, perjuangan perlu diteruskan. Cabaran ini adalah kemuncup dalam liku2 perjuangan mahasiswa menuntut keadilan.

p/s: Kenangan PRK tahun ni sentiasa tercatat di memori.. huhu;-)

Pejuang Berjiwa Hamba.. Tonight!!!

Assalamualaikum. Jom semua wahai para pejuang!!
Pakat2 mari dengar ceramah ustaz zul male ni deh. Di Surau API.
"Terisi rohani, indahlah hidup ini.."

memories of Tok Ayah

Klik untuk dapatkan Buku2 Telaga Biru!!

Labels

My family..

My family..

Followers

 

Mutiara Tinta | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates