Thursday, October 29, 2009

Abah yang dirindui..


Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya ingin berbicara tentang rindu. Rindu yang amat mendalam terhadap seorang insan yang paling penting dalam hidupku. Kehilangannya amat dirasai namun, kekadang rasa seperti wajahnya masih tetap segar di fikiranku seolah-olah baru semalam kehilangannya.

Insan yang amat kurindui tersebut adalah arwah abah tercinta iaitu Allahyarham Haji Mohd Amin Bin Majid. Beliau bertugas sebagai seorang guru Geografi dan Bahasa Melayu di SMKA Melor sewaktu di akhir hayatnya. Kenangan 8 tahun yang lalu kembali segar di ingatan..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sewaktu aku pulang ke rumah dari Maahad kira-kira jam 3 petang, aku masuk terus ke dapur. Nampak abah tengah makan nasi. Memang kebiasaan apabila pulang dari sekolah, abah akan terus menjamu selera untuk mengisi perut dan menghilangkan penat yang seharian di sekolah. Kemudian aku ke bilik ma. Ma kata abah sakit perut. Aku sangkakan mungkin abah hanya sakit biasa sahaja, maybe tersalah makan apa-apa kat sekolah.

Pada waktu petang, semua seisi rumah kelihatan cemas apabila lihat abah makin parah sakitnya. Perutnya agak keras. Aku berada di sampingnya, memicit-micit badannya yang kelihatan makin tak bermaya. Jiran terdekat turut datang. Orang yang paling cemas adalah ma. Dia terus bergegas ke klinik bawa abah. Doktor masukkan air dan bagi ubat. Doktor kata, kalau tak tahan kena bawa ke hospital jugak. Masa balik rumah, sakit abah masih belum reda. Kami tak sanggup melihat kesakitan yang ditanggungnya. Mama(mak sedaraku) mencadangkan agar abah dibawa terus ke hospital. Kemudiannya ma, abang dan bapa saudaraku pun terus ke hospital bawa abah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Di awal pagi.. Ma bangunkan aku. Ma pesan, tengokkan adik2. Ma nak pergi hospital. "Tadi AbahYa (bapa saudaraku) telefon.. Abah sesak nafas katanya.. Ma dah tinggalkan duit sekolah. Nor jalan kaki ye pegi tunggu bas. Ma tak dapat hantar pagi ni.."Kata ma dalam keadaan cemas dan bimbang. Kesian ma.. dahla malam tadi balik hospital lewat, kira-kira jam 1 pagi. Pagi ni kena pegi lagi hospital, bimbang apa-apa terjadi kat abah. Begitulah betapa eratnya hubungan kasih sayang dan cinta antara ma dan abah.

Aku dan kak long pagi-pagi lagi turun dari rumah untuk tunggu bas seperti biasa. Sungguh aneh! Kenapa bas sekolahku tak kunjung2 tiba. Sedangkan hari sudah makin cerah. Semasa sedang asyik bersama kakak dan sepupu-sepupuku ketika menunggu bas, tiba-tiba jiranku dengan menaiki motor datang ke arah kami. Aku tak menyangka apa-apa. Mak Cik Ha memberitahuku dan kakakku dalam nada tenang yang abah dah takde.. Bagai nak tercabut jantungku. Air mata berderai turun tanpa henti.. Kak Long menepuk bahuku. Dia kelihatan begitu kuat berbanding aku. Mana mungkin aku tak terkejut, baru semalam aku lihat abah sihat walafiat.

Kami pulang kembali ke rumah dengan deraian air mata. Di rumah, jiran tetangga sudah tiba untuk bertanya khabar berita. Aku naik ke atas rumah, semua adik-adik yang masih bersekolah rendah menangis teresak-esak. Aku lihat 2 orang adikku yang masih tadika dan Basyir yang baru berumur setahun lebih masih nyenyak tidur tanpa mengetahui akan hal yang terjadi. Kak Long pergi ke arah mereka dan memeluk adik-adik.

Tok saudaraku cakap "Jangan menangis.. Abah orang baik, dia pegi masjid selalu." Dia memujuk kami. Mak Long tiba dan memelukku. Katanya "Abah tak mati, tapi dia pergi berehat sekejap je..". Itulah antara ungkapan yang aku ingat daripada insan yang ingin menteteramkan hati buat kami yang masih mentah masa tu. Selepas itu, aku jadi makin tenang dan redha. Aku berhenti menangis dan membantu Cik Dah(mak saudara) untuk kemas-kemaskan bilik untuk urusan mandikan mayat.


~wajah ma tercinta.. wanita serba boleh~

Ma pernah bagitahu.. Abah menghadapi sakaratul maut sewaktu ma seorang sahaja di sisinya. Masa tu waktu Subuh. Bapa saudara dan abangku pergi solat subuh. Ma lah yang mengajarkan sendiri kalimah syahadah untuk abah dan mengingatkan abah agar sentiasa ingat pada Allah. Akhirnya roh abah yang kucintai diangkat mengadap Ilahi saat waktu subuh yang dingin. Semoga Allah merahmati abah, membebaskannya dari segala seksaan dan memberi sebesar-besar nikmat buatnya di alam Barzah dan di alam Akhirat. Ku berharap suatu hari nanti kami akan bertemu di syurga.

Kuingat lagi.. saat kuterjaga di waktu dinihari. Kulihat abah khusyuk sujud menghadap Ilahi. Tahajud sudah menjadi amalan hariannya. Dan aku termenung seketika tatkala melihat abah bertahajud, betapa dekatnya diri dia dengan Ilahi. Abah seorang yang agak pendiam tapi tegas dalam soal solat. Kami dilarang menonton tv selagi tak solat. Itulah yang aku ingat. Di waktu Maghrib, kami tak dibenarkan langsung tengok tv kerana masa tu waktu untuk bersiap untuk solat. Begitulah didikan abah. Selepas solat berjemaah, abah dan ma akan ajarkan sendiri anak-anak mengaji.

Walaupun abah hanyalah guru biasa tapi, minatnya dalam mendalami ilmu agama sangat menebal. Dia sangat suka membeli buku-buku agama dan kaset-kaset ceramah. Di juga pernah mengambil kelas agama di Universiti Malaya Nilam Puri untuk menambahkan ilmu. Dulu, waktu aku naik tingkatan satu pun, aku ke sekolah Maahad pun sebab abah. Masa tu aku confuse samada untuk ke SMKA(sekolah abah mengajar) atau Maahad. Tapi sebab lihat abah nak sangat lihat anaknya ke Maahad, aku pun ke Maahad. Ma kata abah sukakan Maahad sebab kalau masuk je kat sana, suasananya sunyi dan tenang.

Masa kecik-kecik dulu, kalau demam je, abah akan bawa aku ke klinik. Lepas balik klinik, abah akan tanya nak makan apa abah belikan. Masa tu hati gembira sangat. Nak makan ais krim ke, coklat ke semua dapat. Abah memang baik.. Kami dididik dengan penuh kelembutan namun dalam kelebutannya, ada ketegasan.

Kini, ma seorang sahajalah yang membesarkan kami. Bayangkan sudah lapan tahun ma membesarkan kami dengan kudratnya seorang. Aku amat mengaguminya. Dialah wanita serba boleh yang tak pernah kutemui. Pernah dalam satu masa, ma boleh menjadi seorang guru, seorang student dan seorang businesswoman. Semoga Allah memberi kekuatan buat ma dan memberi ganjaran sebesar-besarnya buat beliau.

Bagi sesiapa yang masih ada ibu dan ayah di sisi, hargailah tatkala mereka masih ada. Lakukanlah kebaikan sebanyak-banyaknya buat mereka.

Semoga bermanfaat buat semua. Perkongsian untuk menyingkap dan menginsafi diri.

.:. ~Tinta Nur Aziemah~ .:.

11 comments:

.:naurahislami:. said...

salam...
ya Allah..mngalir air mata...
moga Allah mnempatknnya dikalangan hmbaNya yg soleh...InsyaAllah...
perpisahan ini hnyalah smentara...
sbr ye...sntiasa doakn abah...
dia psti bhgia mndpt doa dr ank2 yg soleh & solehah~
em...hargailah insan tersyg smentara mrka msh disisi~

Nur Aziemah said...

Waalaikumussalam WBT.
Syukran buat Ya. Mudah-mudahan itulah yang kita harapkan. Hidup hy sementara.. Tak lama lagi, kita pula akan menyusul pergi.

nursempurna said...

perkongsian yg bagus..trharu time bace entri ni..moga arwah ditempatkn di kalangan org2 yg soleh..amin..
kagum sy ngn mak awk..blh bsrkn ank2 smpai berjaya smuanya..moga femili awk dirahmati olehNya..insyaAllah..

Nur Aziemah said...

InshaAllah Kamilah. Terima kasih atas doa awak utk kami sekeluarga. Smoga Allah merahmatimu dan keluargamu jua.

baby doctor said...

salam wrbt kak zimah,
kamel pun nak nangis baca entri ni..
right now i'm missing my abah sooo much too!
dah lama sgt tak cakap dgn abah..pasal hp rosak ;(
tp at least alhamdulillah abah kamel ada lagi, and i really have to be grateful for that.
moga roh arwah abah akak sentiasa dirahmati allah..ameen

~princess Islam~ said...

salam..
hmm,bertakung air mataku tatkala bca entry nie..
tringat zaman2 kecik2 dlu msa abah ado..
walaupun da masuk 8 taun,tapi rsa bari shja masa berlalu.rindunya ko abah..
sekalung doa dariku sentiasa mengiringimu..
moga berbahagisa di sana,amin..
trima kasih nor ats perkongsian nie..bagus2..

Nur Aziemah said...

Waalaikumussalam wbt. Thanx to Kamel and Suaidah.
Jazakumullah khairan kathira. Smoga kita adalah di antara anak2 soleh yang sentiasa mendoakan ibu bapa kita hendaknya.

ngah said...

salam..
um,teringat kenangan maso bersama2 ayah mi dulu... ayah mi memang seorang yang baik..
smoga rohnya digolong dikalangan hambaNYA yg bertaqwa......
Dan utk nor,dah n mama sekeluarga,semoga kalian terus tabah menghadapi hidup ini..
insyaALLAH suatu hari nanti kita akn berkumpul kembali...di dalam syurga yg abadi..i'allah..

Nur Aziemah said...

Waalaikumussalam wbt.
InshaAllah Ngah. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa Ngah. Amin.

Anonymous said...

Assalaamualaikum ya ukhti. AL FATIHAH Buat arwah.

y'haru m'bcnyer..
itu ujian buat kita ..untuk menguji keimanan kita..utk m'jdkan kt semakin dekat pdNYA
tetapi bersyukurlah kerana ujian yg kita terima ini merupakan tanda Allah kasih dan sayang pd kita.
-SAHABATMU IWANI-

Nur Aziemah said...

waalaikumussalam wbt.
InshaAllah wanie. Ujian itu mematangkan kita.
Semoga Allah menempatkan arwah abah saya dan abah wani di tempat yg tinggi.. Amin.
~ Anak yatimlah kita berdua ea. Huhu ~

Post a Comment

memories of Tok Ayah

Klik untuk dapatkan Buku2 Telaga Biru!!

Labels

My family..

My family..

Followers

 

Mutiara Tinta | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates