Assalamualaikum WBT.
Saya cukup terkesan dengan usrah bersama murabbiku sebentar sahaja tadi..
Kak Aina, kukenali dia sejak di asasi lagi. Dia adalah seorang berbangsa Cina yang telah memeluk agama yang mulia ini. Hari ini dia berbicara tenta Syurga.. Saya terpesona akan keindahan yang dibicarakannya. Hati meronta-ronta untuk menggapai syurga itu.
Namun, bukanlah semudah itu untuk memasukinya. Sesungguhnya syurga itu di sekelilingnya ada kesusahan manakala neraka pula di sekelilingnya ada hawa nafsu yang mengasyikkan. Di dalam al-Quran, Allah dah bagi tips bagi mereka yang mendambakan syurga. Hayati dan selami tafsiran Al-Quran di bawah bagi sesiapa yang bercita-cita ke sana.
"Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.Koreksi, perbaiki dan dekatkanlah diri kepada Pencipta kita. Mudah-mudahan kita di antara insan terpilih yang terawal memasuki syurgaNya.
Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu;
Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat);
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.
(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
Surah Ar-R'ad (Ayat 19-24)
Nasihat buat diri dan semua. Semoga bermanfaat.
"Ya Allah! Aku dambakan syurgaMu.."
.:. ~Tinta Nur Aziemah~ .:.
0 comments:
Post a Comment