Monday, May 24, 2010
Borak-borak..
**************************************************************************************
Semalam, selesai sahaja makan tengahari di rumah Che La, saya diajak berbual-bual dengannya sambil menjamu makan buah mempelam. Tidak sempat menghabiskan pinggan mangkuk di sink, saya dipanggil dan dipaksa untuk ke meja kembali untuk menjamah buah mempelam yang dikupas Che La(mak cik). "Jomlah, dah lama Che La tak berbual dengan Nor.. Biarlah pinggan di situ, nanti Che La basuh.." Begitulah lebih kurang ungkapannya memanggilku. Tak sampai hati melihatnya acap kali memanggil, saya terus ke meja makan kembali. Pelbagai topik yang dibualkan. Maklumlah balik sekali-sekala ke rumahnya. Tu pun kerap juga Che La call suruh datang ke rumahnya namun, disebabkan kesibukan sebagai student agak membataskan waktuku. Che La beria-ia nak belajar Adobe photoshop dan macam2 lagi lah tentang komputer. Walaupun saya ni taklah pandai sangat tapi, disebabkan orang mengharap kucuba sekadar termampu. Semoga orang lain turut mendapat manfaat apa yang kita belajar.
Topik yang dibualkan biasalah saling bertanya khabar dan berkaitan perkara yang berlaku kat sekeliling. Che La meluahkan rasa ketidakselesaannya tatkala kembali bertugas sebagai guru di sekolah lamanya. Sebelum ni, dia cuti selama lebihkurang 2 tahun untuk menghabiskan 'master'nya dan sudah lama tidak menjejak kaki ke sekolah kembali. Katanya, dia amat terkejut dengan keadaan sekarang di sekolah. Banyaknya perubahan yang sudah berlaku. Bukan makin baik, tapi makin teruk. Budak2 sekolah makin ramai yang rosak, suasana sekolah amat tidak menyelesakan bagi orang sepertinya. Katanya, di sekolah penekanan terhadap agama langsung tidak diambil berat oleh pihak sekolah.
Saya amat bersetuju dengannya, kerana saya sendiri melihat suasana yang hampir sama di universiti tempat saya belajar. Berapa ramai yang hanyut walaupun di kalangan student agama sendiri. Yang tak ambik kos agama pula berapa ramai yang meminggirkan terus agama dari hidup mereka. Kami mengeluh kerisauan memikirkan keadaan umat yang makin terhoyong-hayang dek kerana meletakkan agama jauh di belakang. Kata Che La, lihatlah sahaja di sekeliling kita gejala sosial di mana2. Hidup pun rasa tak aman dan tenteram. Bagaimanalah nasib generasi akan datang apabila begini rupanya keadaan sekarang. Saya mengiyakan sahaja tanda bersetuju. Katanya kita tak boleh nak salahkan anak-anak muda ni saja tapi kita kena tengok pula apa yang menyebabkan mereka rosak. Jawapannya, sistem yang digunapakai di negara kita ni memang dah rosak.
Lihatlah bagaimana sekularisme itu menyelinap masuk dalam seluruh sistem termasuklah sistem pemerintahan, pendidikan dan sebagainya. Kami sepakat menyatakan pemimpin yang ada hari ini memang sudah terlalu sukar untuk dihormati. Di mana contoh teladan yang ditonjolkan? Tidak ada.. yang ada hanyalah gambar aksi2 buruk pemimpin Islam dengan minuman keras, pelbagai cerita2 busuk yang terus melekat dan berkudis di badan2 mereka. Dalam ucapan2 mereka, jarang sekali dilafazkan ungkapan2 yang menggambarkan tentang Islam.. yang ada hanyalah pembangunan material dan perjuangan bangsa. Saya sendiri sudah bosan dengan pemimpin seperti ini. Tambah2 lagi dengan isu kelulusan lesen judi yang heboh diperkatakan baru2 ni.. sudahla mereka sudah rosak, nak rosakkan lagi rakyat2 di bawah. Oh Tuhan, aku berlindung dari kejahatan pemimpin sebegini.. Cukuplah Tsunami lepas sebagai pengajaran buat seluruh umat tentang bahana kemurkaan Allah. Janganlah mengundang Tsunami yang seterusnya atau lebih dasyat lagi..
Mungkin ini adalah sekadar keluhan saya dan makcik saya sebagai rakyat biasa yang menghuni bumi Malaysia. Walaupun namanya negara Islam namun, kami tidak merasai keizzahan Islam di sini. Kekadang kami sendiri terasa takut melihat gelagat2 manusia di luar sana. Bacalah akhbar, mahu nak termuntahnya melihat terlalu banyak masalah2 sosial dan jenayah yang berlaku setiap hari. Buang bayi, rogol, rumah pelacuran, bunuh, dadah dan banyak lagi yang amat meloyakan.
Penyelasaiannya?? Hm..sama2 pakat fikirlah. Bagi saya mudah je. Pilihan Raya Umum akan datang, tukarlah kerajaan baru yang lebih bersih untuk tadbir negara. Pastikan agama yang menjadi asas pentadbiran negara. Baru rasa selamat sikit. Tak mahu cakap lebih2, nanti didakwa ayat poltik pula. Lihat saja student UKM yang didakwa berpolitik dan dikenakan AUKU. Kasihan mereka.. Dlm Islam, politik sentiasa terikat dengan Islam dan tak boleh dipisahkan sama sekali dan tiada had umur pun bagi sesiapa yang nak berpolitik. Aduhai negaraku Malaysia....
Sekadar perkongsian. Mudah-mudahan bermanfaat buat diri dan semua=)
.:.~ Mutiara Tinta ~.:.
Sunday, May 9, 2010
Selamat Hari Bonda..
Sebenarnya setiap hari pun hari ibu.. Cuma hari ni saje je nak wish lebih skit.
Suka memetik kalungan puisi penuh makna William Shakespeare:
My love as deep
The more I give to thee
The more I have
For both are infinite..
Cukuplah kalam Allah menjadi peringatan buat orang2 yang benar-benar memikirkan..
Firman Allah yang bermaksud:
Luqman:14
Ibrahim:41
Thanx ma for everything!! Love ma forever..Penatnya ibu mengandung, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak2. Namun, sejauh manakah ingatan anak2 padanya? Sekadar renungan kita bersama..
Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri dan semua. Mudah-mudahan bermanfaat.
.:.~ Mutiara Tinta ~.:.
Thursday, April 29, 2010
Mahu juga seperti mereka..
Program yang diberi nama The Power of Mind ni lebih kepada cara untuk merangsang minat dan teknik2 dalam menghafal ayat2 Quran. Paling best, dapat lihat dan dengar pengalaman adik Aziz yang selesai hafaz 30 juzuk ketika berusia 13 tahun. Oh, hebatnya anugerah Allah. Ingat ayat yang keluar dari mulutnya yang simple ketika diminta untuk memberi pesanan terakhir buat kakak2 yang dah berusia ni untuk turut sama menghafal. Katanya.. "Kalau ada Quran tu, bacalah.. dan hafal sikit2.." Hm..malu betul rasanya tatkala ada sorang budak yang tegur orang-orang yang dah berusia macam saya ni. Memang terkena sangat2. Hehe.
Kakak Aziz, Nurul Nadia namanya. Seorang pelajar UKM yang manis dan sopan orangnya. Beliau juga sudah selesai menghafaz 30 juzuk sewaktu berada di Yaman. Menceritakan pengalamannya serta bagaimana dia boleh tercetus motivasi untuk menghafaz kalamullah ini.. Katanya "Saya termotivasi dengan beberapa ayat Allah iaitu:
Firman Allah yang bermaksud:
Surah Thaha:114-115
Surah Al-Qamar: 22
Surah Qaaf: 37
Oh Tuhan, bergetar jiwa ini tatkala melihat masih ada insan yang bukan setakat membaca kalamMu akan tetapi turut mengamalkan isi kandungannya. Begitu indah kalamullah.. andai dibaca, dihayati, dan diamalkan. Seterusnya menjadi motivasi berterusan buat diri.
Begitu juga dengan saudari Mawaddah yang menceritakan bagaimana beliau hidup dalam suasana hafalan Al-Quran semenjak kecil. Ketika ditanya sejak bila beliau mula mengenali dan menghafaz Al-Quran. Katanya, dia diajar Al-Quran seawal berusia dua setengah tahun. Subhanallah! Benarlah suasana dan biah yang solehah juga amat memainkan peranan dalam pembentukan insan. Lebih-lebih lagi yang ingin bergelar Huffaz.
Semoga diriku ini beroleh manfaat yang banyak. Saya lihat dan saya perhatikan. Berterusan memikirkan, bahawa masih belum terlambat untuk insan seperti saya untuk menjadi seperti mereka. Tak boleh banyak, sedikit pun takpa. Yang penting konsisten. InshaAllah!
p/s: Suka lihat adik dan sepupu-sepupu ramai yang hafaz Quran. Mudah-mudahan semangat cintakan Al-Quran terus mengalir dalam diri ini juga hendaknya. Amin.
Sekadar perkongsian merehatkan jiwa. Moga bermanfaat.
.:.~ Mutiara Tinta ~.:.
Monday, April 19, 2010
Bila-bila pun dia datang..
Tak kurang juga yang memilih syahid sebagai jalan kematian.. Ni yang saya paling kagum buat para pejuang. Dr Abdul Aziz Al-Rantissi pilih Apatchi sbb nakkan ganjaran mati syahid dan dia mendapatkannya.
Allah, masukkanlah dia ke dalam jannahMU. Dan ramai lagilah pejuang Islam di seluruh dunia yang pilih jalan ni. Walau nampak perit tapi, nikmat yang mereka kecapi tak terungkap oleh kata2 apabila memasuki syurga Ilahi. Allah, layakkah aku??
Syahdunya..Tengok video2 ni time tgh exam. Seorang ustaz pernah kata..(lebih kurang camni) "Kalau kerja Islam yang biasa2 yang ada kat sini pun kita liat nak buat, jangan haraplah nak pikul senjata berjuang macam di Palestin. Buat kerja Islam pun dikira berjihad di tempat kita." Agak terkena batang hidung jugaklah dengan statement tu.. Owh tertanya juga apalah yang diri ini dah sumbangkan untuk Islam yer. Renung-renung dan koreksi diri balik...
Sekadar perkongsian untuk menyingkap dan muhasabah diri. Moga bermanfaat buat diri dan semua.
Thursday, April 15, 2010
Sejuknya mata..

Monday, April 12, 2010
Seloka dan kiasan Tok Guru yang menghiburkan
Seronok mendengar kiasan dan seloka Tok Guru Nik Aziz, my MB. Banyak isi2 tersirat yang begitu mendalam maksudnya. Bertuah rasanya dapat hidup di Kelantan di bawah pimpinan ulamak seperti beliau. Mungkin ramai yang kata "Alah..Kelantan apa class. Pembangunan pun takda sangat". "Kesian kat Kelantan.. penduduknya ramai yang pi kerja kat negeri2 luar Kelantan sebab takde keje kat Kelantan".
Walau apa pun tanggapan masyarakat luar pada Kelantan, saya tak kisah langsung. Sebab saya aman di sini, saya tenang dan gembira di negeri ini. Kalau nak kenal Kelantan mailah jalan sini selalu=) Setiap Jumaat, kami rakyat Kelantan dihidangkan pengisian ilmu oleh MB kami. Kami puas.. Terlalu banyak program dan kempen kerajaan negeri yang mendidik rakyat. Di sini takde disko, pusat karaoke, pub, rumah urut, sistem riba dll. Kalau ade juga tu pun yang bergerak secara haram.
Pembangunan ruhiyah rakyatnya amat dititikberatkan. Pembangunan fizikalnya juga sebenarnya taklah seteruk yang disangka. Kadang2 saya sangat tak setuju dengan media yang suka buruk2kan Kelantan. Sebab setiap kali balik Kelantan, ada saja pembangunan baru yang dibuat. Saya pun jalan2 juga negeri lain, kadang2 nampak lebih kurang macam Kelantan je.. Takdelah hebat sangat pun tapi selalu diangkat2. Biasalah, kami ni negeri pembangkang, yang baik tak dihebahkan dan yang buruk dibesar-besarkan. Sedih;-(
Kat bawah ni, himpunan seloka dan kiasan Tok Guru. Saya antara penggemar kuliahnya. Cuma sudah lama tak dengar secara 'live' sebab balik pun kdg2. Setiap kuliah beliau biasanya akan diselitkan kiasan untuk memahamkan lagi para pendengar terutamanya org2 kampung. Caranya cukup berhikmah dan bijaksana. Cuma kadang2 agak pedas dan siapa yg makan cili pasti akan terasa. Hehe=)
P/s: Semoga negeri Kelantan terus diterajui oleh alim ulamak. Kami tak mahu pemimpin yang hanya tahu bercakap besar, berlagak, sombong diri dan yang rosak akhlaknya. Nauzubillah!
Sekadar perkongsian. Semoga bermanfaat buat diri dan semua;-)
.:.~ Mutiara Tinta ~.:.
Saturday, April 10, 2010
Bilakah air mata ini akan mengalir lagi..
'Abdullah Ibn Mas'uud r.a pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadanya: "Bacakan Al-Quran kepadaku!"
Maka saya bertanya: "Wahai Rasulullah, (wajarkah) saya membacakan Al-Quran kepada tuan, sedangkan Al-Quran itu diturunkan kepada tuan?
Jawab Rasulullah: "Yalah, sesungguhnya saya gemar mendengar bacaan Al-Quran daripada orang lain."
Maka saya pun membacakan Surah An-Nisaa' sehingga sampai kepada ayat ini (maksudnya):
Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu). -An-Nisaa':41
Tiba2 beliau bersabda:
"Cukuplah (bacaan) engkau sekarang"
Ibn Mas'uud menceritakan: "Tiba2 dua kelopak mata beliau mengalirkan air mata."
[Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
Dalam satu hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi(maksudnya):
Perkongsian untuk menyingkap dan muhasabah diri. Semoga bermanfaat buat diri dan semua.
.:.~ Mutiara Tinta ~.:.
Friday, April 2, 2010
Jangan lupa Palestin!
Seingat saya, masa Israel buat serangan secara besar-besaran setahun lebih yang lalu, ramai jugak la yang bersemangat duk tentang Israel ni.. Demo, boikot produk la dan macam2 lagi lah.
Tapi sejak akhir2 ni, nampak agak lengang dan jarang skali duk bicara pasal Palestin ni. Bukan orang lain, saya sendiri pun samalah. Cuma sekali sekala tu ada la tersebut-sebut.
Tu pun kadang2 dapat jugak mesej berantai pasal Palestin ni.. Mungkin ramai yang tak sedar atau tertipu dgn mesej berantai tu, tapi sebagai muslim prihatin janganlah terlalu senang percaya setiap mesej yang kita dapat. Selidiki dulu.. Bimbang takut2 ada yang ambil kesempatan di sebalik kesusahan orang lain.
Sebenarnya isu Palestin takkan pernah selesai. Pergolakan di Gaza terus berlaku. Umat Islam di sana berterusan ditekan dan dibantai oleh puak yahudi laknatullah. Urusan mereka adalah urusan kita. Rumah dan tanah mereka adalah rumah dan tanah kita. Sakit mereka sakit kita. Derita mereka derita kita. Kelak saya dan kita semua akan ditanya. Apa yang sudah diperbuat untuk bantu mereka. Berdoakah, bantukah walau dgn apa cara? Atau sekadar tengok sahaja? Atau masih lagi duk seronok bergelak ketawa di sini sedangkan mereka bersedih dan menderita di sana? Yelah kadang2 pelik juga kita umat Melayu Islam di Malaysia ni kan. Islam tu kadang-kadang dilihat hanya time solat, puasa dan ibadat2 tertentu sahaja. Time pergi kuliah, bergaul dgn rakan2, berpakaian seolah-olah Islam tu ditinggalkan sejauh2nya. Kalau dikatakan sekular melenting pula. Oh hakikatnya apa yang diamalkan sedemikian amat mirip sekali dgn prinsip sekularisme.
Hakikatnya kita ummat Islam ini dilemahkan dengan benda2 sebegini.. makin hari, ajaran Islam itu makin ditinggalkan sedikit demi sedikit oleh umat Islam sendiri. Budaya yang dibawa masuk ke dalam negara2 umat Islam cukup senang ditiru dan diangkat2 oleh remaja2 dan retua2 yang kurang kesedarannya. Contohnya filem2 barat barangkali diagung2kan kerana kehebatan dan kecanggihan teknologi yang digunapakai. Setiap filem ada diselitkan unsur2 yang bisa mempengaruhi umat Islam tanpa disedari. Artis2 diangkat2 dan dilihat sebagai orang yang berjaya. Gaya2 dan fesyen2 mereka ditiru secara meluas. Tengoklah, sehari demi sehari kita sebagai umat Islam disuntik dengan virus2 ini. Dan tatkala sudah parah virus ini merebak ke seluruhnya maka time tu dah tak boleh buat apa dah. Bagilah segala macam ubat pun, sangat susah untuk disembuhkan.
Cuba tengok video di bawah, Pandora Dalam Filem Avatar seperti di Gaza,
Sekadar perkongsian. Semoga bermanfaat buat diri dan semua.
.:.~ Mutiara Tinta ~.:.
Friday, March 26, 2010
Wanita, hati-hatilah!
Antara contoh.. Tapi, tudung tu mestilah melebihi paras dada.Jika dilihat situasi hari ini, memang agak keterlaluan dalam berpakaian dan pergaulan terutamanya anak2 gadis yang masih muda remaja. Masing2 mahu menonjolkan kejelitaan yang mereka ada. Lihat shj majalah Dara.com(maaf, sekadar cth). Saya amat tdk berpuas hati dgn cth pakaian2 muslimah yg dipaparkan krn ianya nyata amat tepat dgn sabda nabi tntg berpakaian tapi bertelanjang.
Si wanita yg sudah berumur atau istilahnya "tua" pula ada yang masih tak sedar diri akan usia yang dah tak lama bak kata orang "Rumah kata pergi, kubur kata mari".. Masih lagi tak puas dgn usia muda. Mungkin anak cucu sudah berderet tapi, masih lagi sempat bertabarruj/berjangok(bhs kelantan) di luar rumah. Mekap setebal kamus dewan(bak kata us hasrizal). Pakaian yang membuka aurat dan ada juga yang join akademi fantasia walaupun sudah bertaraf nenek. Saya cukup terkejut tatkala melihat satu program tv "Ewah-ewah" dan "Jangan Tidur Lagi" suatu hari. Bukan sorang bahkan ramai golongan wanita yang sudah berusia ini datang menonton di studio untuk menyaksikan program tersebut(rombongan agaknya). Yang membuatkan saya terkejut adalah mereka turut sama bertepuk tangan, menjerit2, ketawa terbahak2, dan ada juga yang sampai naik berjoget atas pentas bersama artis2. Pergaulan usah dikira. Bagi saya, sama ja muda ke tua kat ctu.. Semuanya berjiwa muda.. "Alah hidup cuma sekali, apa kata kita enjoy!" Sudah betul rasanya statement tu.

Saya amat terkilan tatkala melihat kadang2 orang yang ada basic agama sendiri pun terjebak dengan perkara ini. Bukanlah salah untuk kelihatan cantik dan kemas dalam berpenampilan, bahkan itulah yang yang dianjurkan Islam. Namun, keterlaluan dalam berhias bukanlah caranya. Mekap tebal2 bukan sahaja kelihatan menakutkan dan merimaskan bagi saya, bahkan turut mengundang bahana kemurkaan Allah. Buat sahabat yang seusia saya, usia kita memang muda, tapi ajal maut kita tak tahu bila. Jom kita sama2 muhasabah diri!

Berhati2lah wahai wanita. Jangan sampai dek kerana kita, sang lelaki makin hanyut dan berdosa. Aurat wajib dipelihara, pergaulan perlu diutama. Berhias adalah fitrah semua manusia namun, limitnya ada. Letakkan agama di depan, inshaAllah semuanya jadi senang dan mudah. Simpanlah bakat berhias anda hanya untuk yang halal sahaja. Contohnya suami, anak2, adik-beradik, cucu2, cicit2 dan seumpamanya. Kan mudah tu. Semuanya Allah dah atur untuk kebaikan dan kemaslahatan ummah.
Firman Allah yang bermaksud:
p/s: Terkilan juga.. Semalam lihat pelajar yang belajar agama sendiri membuka auratnya. Hm.. sangat sedih=(
Sekadar perkongsian untuk menyingkap dan muhasabah diri. Semoga bermanfaat buat diri dan semua.
.:.~ Mutiara Tinta.:.~
Tuesday, March 16, 2010
Siapa Cerdik?

(HR. Ath-Thabrani, disahihkan al-Munziri)
Alangkah sempitnya rumah kita nanti.. Bekalkanlah amal soleh agar dilapangkan nanti InshaAllah.
Sedarkah kita bahawa setiap dari kita dilahirkan untuk mati? Setiap baby yang comel yang baru melihat dunia itu pun sudah tertulis bila saat kematiannya. Tidak pernah ada seorang pun manusia dan hidupan di muka bumi ini yang kekal hatta Firaun yang mengaku tuhan sekalipun akhirnya tenggelam dan mati dalam penuh kehinaan.
Umur yang Allah bagi tak lama.. Paling lama pun 60 tahun la. Tapi skang jarang sekali kita lihat sampai umur tu. Abah saya pun meninggal masa umur 48 tahun. Time tu pun tengah sihat2 je. Mati mengejut sampai semua kawan2 dia kat sekolah terkejut. Mana tidaknya, hari ni elok2 pi mengajar, tengok2 esok dah takde. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afiihi wa'fu'anhu. Mudah-mudahan abah tenang di sana.
Entah esok lusa, kita pula. Allah dah kata dalam Quran yang setiap bernyawa pasti akan merasai mati. Persiapan kita lagu mana ye? dah cukup blum? Aduh.. Ni yang kena muhasabah ni. Usia yang ada ni perlulah diisi sebaiknya. Cumanya nk practice cukup susah. Bukankah Allah uji kita dengan syaitan dan nafsu? Oh Tuhan, bantulah kami hambaMu.
Motivasikan diri dengan kematian! Kerana ia suatu kepastian.
Sekadar perkongsian untuk menyingkap dan muhasabah diri.
Peringatan buat diri dan semua.Semoga bermanfaat.
.:.~ Mutiara Tinta ~.:.
Sunday, March 7, 2010
Untaian terakhir Sayyid Qutb..
Sayyid Qutb dalam surat terakhir beliau kepada adiknya telah menulis sebelum ia digantung:Di Subuh ketika tali gantung dipasang di lehernya, maka dikirimkanlah kepadanya seorang yang bernama 'ulama'. Kepadanya 'ulama' itu berkata "Engkau hendaklah bertaubat dan mengucapkan dua kalimah syahadah." Lalu sayyid Qutb menjawab: "Aku telah menunaikan hak kalimah syahadah itu dan memperjuangkannya, kerana orang yang berkata dengan kalimah itu tidak akan menyembah yang lain."
Pesannya lagi : "Jika ikhlas kita terhadap Allah, maka Allah akan bersama kita masa hidup mahupun mati."
Semoga kita bersama menyambung rantai perjuangan untuk Islam tercinta. Saya sangat sedih kerana apalah sangat sumbangan saya untuk Islam=( . Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat pertolongan dariNya.
Perkongsian untuk menyingkap dan menginsafi diri. Moga bermanfaat buat diri dan semua.
.:.~ Mutiara Tinta ~.:.
Wednesday, March 3, 2010
Selamat berehat, Ya syafiah..
Kes dera semakin menjadi-jadi pada hari..
Mengapakah ini boleh terjadi?? tidak lain tidak bukan kerana makin jauhnya manusia dari Tuhan.
Wednesday, February 3, 2010
PRK 09/10. Kemuncup dalam perjuangan ProM..

Assalamualaikum.
PRK tahun ini agak panas dari biasa. Semuanya bermula dari masalah e-voting yang diragui ketelusannya. Saya bukanlah orang yang berada di pentasnya yang merasai pahit getir Pro-M dalam merentasi ujian dan cabaran ini. Namun, hanya melihat dari jauh dan melihat akan perjuangan mahasiswa rupanya masih segar dan terus subur di bumi UM tercinta. Mahasiswa menuntut keadilan adalah kerana mahukan hak mereka terbela. Mungkin orang yang tidak tahu menahu akan cerita yang sebenar akan menuding jari mengatakan ProM agak keterlaluan dalam berdemonstrasi atau menunjukkan ketidakpuashatian mereka. Malah ketika malam diumumkan keputusan PRK, ProM telah menawan Canselori UM untuk mendapatkan penjelasan ayahanda NC dan TNC HEP. Semuanya ternyata mengecewakan apabila suara PRoM tidak dilayan malah TNC dikatakan lari ikut pintu belakang.
Kemudian, keesokannya dikatakan akan diumumkan keputusan PRK sekali lagi melalui kiraan semula kerana mendapat bantahan dari ProM. Namun, persoalannya bolehkah dilakukan kiraan semula melalui sistem e-voting? sedangkan ia semuanya hanya berada dalam satu sistem yang tidak diketahui pergerakannya dan sama sekali tidak ada "check and balance". Ini terbukti apabila keputusan PRK diumumkan pada Rabu lalu dan keputusannya adalah tetap sama.
Mengapa saya tolak undi secara e-voting?
- Undi saya dan sahabat saya tidak lagi menjadi rahsia. Semuanya ada dalam database yang mana IC dan matric card dimasukkan sekali.
- Penolakan e-voting bukan kerana sistem yg digunapakai, tapi kredabiliti orang yang menguruskannya iaitu pihak HEP yang teramat banyak dikaitkan dengan penindasan mahasiswa.
- Bila2 masa sahaja server boleh down dan ini boleh mengganggu proses pengundian. Pengalaman sahabat saya sendiri yang mana beliau terpaksa bertukar2 komputer akibat masalah yang timbul serta akhir skali penyelia yang masukkan no pinnya sdr. Agak pelik.
- Sbb e-voting di UM tidak ada "check and balance"yg mana apbl kiraan semula dilakukan hasilnya tetap sama.
Saya hanyalah insan biasa. Tidak tahu apa-apa. Yang saya tahu adalah menyokong pihak yang benar walaupun mereka diprovokkan tentang ekstrim atau keterlaluan. Adakah tidak keterlaluan jika suara mahasiswa disekat oleh pihak universiti? Bagaimana dengan keadilan terhadap mahasiswa? Kenapa hanya sebelah pihak sahaja yang mendapat pelbagai advantage tapi sebelah lagi dianaktirikan? Kenapa setiap malam sebelum PRK pintu2 pagar kolej kediaman dikawal ketat sehingga merimaskan? Kenapa couple yang beraksi di pondok2 tak dikawal dan dibiarkan? Para pelajar dibuang kolej sbb dilabel budak ProM? Kenapa program2 di kolej kediaman sangat teruk dan tidak intelek langsung apatah lagi islamik walaupun JTK kolej ramai budak API? Pop Band, karaoke, dinner yang berkonsepkankan pelbagai acuan barat?? Kenapa ini masih berlaku?
Saya hanyalah memerhati.. dan berfikir.. sampai bila kepala kita akan dijajah pemikirannya. sampai bila? Saya tak sanggup.. Saya mahukan perubahan. Mereka bukanlah ekstrim seperti yang diwarwarkan. Mereka bukan juga tamakkan kuasa. Tapi mereka mahukan kuasa itu dipegang oleh pihak yang benar dan telus dalam pentadbiran. Seterusnya kepimpinan dan kemahasiswaan diperkasakan. Intelektual dan agama seiringan. Itu yang saya mahukan dari pimpinan mahasiswa yang saya sanjungi.
Buat ProM, menang atau kalah, perjuangan perlu diteruskan. Cabaran ini adalah kemuncup dalam liku2 perjuangan mahasiswa menuntut keadilan.
p/s: Kenangan PRK tahun ni sentiasa tercatat di memori.. huhu;-)
Saturday, December 12, 2009
Wacana Perdana yang hangat
Setelah lama tidak menge'post' ape2 kat blog ni. Pada hari ini saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya sewaktu menghadiri Wacana Perdana di Kelantan Trade Centre dua hari lepas. Wacana ini adalah anjuran kerajaan negeri Kelantan yang berjaya menghimpunkan ribuan rakyat Kelantan yang terdiri daripada pelbagai golongan sama ada orang bandar, orang kampung, tua, muda, profesional, agamawan dan berbilang fahaman politik. Mungkin juga disebabkan panelisnya yang hebat-hebat dan terkenal yang terdiri daripada ulamak dan ahli-ahli politik yang berbeza parti. Manakala, moderatornya pula adalah seorang yang tidak asing lagi iaitu Prof Madya Dr Muhammad Agus yang sering muncul sebagai pengacara 'HUJJAH' di tv9, Dekat di Hati..
Tajuk yang dibincangkan adalah "Islam Di Malaysia REALITI & HARAPAN". Kupasan demi kupasan telah dibicarakan oleh setiap ahli panel. Semuanya mempunyai hujah yang tersendiri dan ada penyokongnya sendiri. Ada juga panelis yang siap bawa bukti-bukti keratan akhbar dan sebagainya. Barangkali untuk lebih menyakinkan para pendengar. Ahli panel dengan cara dan gaya yang tersendiri. Semuanya penuh semangat. Namun, masuk sahaja pusingan kedua forum ini bertambah rancak dengan perdebatan yang hangat antara ahli panel sendiri. Disambut pula dengan para penyokong masing-masing yang agak meninggikan suara dan kadang-kadang bertindak berlebihan. Inilah uniknya forum pada malam ini.
Dr Asri, hujahnya bersumberkan Quran & Sunnah. Banyak menegur akan sikap ulamak2 dan para pemimpin. Ramai penonton yang bersetuju dengan pandangannya. Saya melihat sendiri akan gelagat para penontonnya. Ada yang mendengar dengan teliti, ada yang terus membantah walaupun sebelum ahli panel habis berbicara. Sebagai seorang yang profesional, kita sebagai pendengar perlulah mendengar setiap hujah ahli panel sebelum terus melatah. Kekadang ada benarnya juga apa yang ahli panel tersebut katakan walaupun dia berbeza fahaman politik dengan kita. Sikap fanatik jelas kelihatan pada gaya-gaya mereka. Bagi saya, kita semua adalah muslim. Tunjuklah akhlak yang sebaiknya di depan sahabat mahupun lawan kita. Janganlah dek kerana kita seorang boleh memburukkan nama semua. Jika mahu berdebat sama, silalah ke atas pentas bersama mereka. Mungkin masih ramai di kalangan kita yang menyokong sesuatu pihak atas dasar fanatik atau taksub bukan berdasarkan kefahaman dan ilmu. Inilah yang kekadang menyebabkan kita tersasar apabila apa yang salah pun dikatakan betul. Walaubagaimanapun, saya tetap setuju sekiranya mereka menyokong yang benar dan menyanggah yang batil.
Datuk Nakhaie, bekas Pengerusi YADIM.Beliau turut mengulas tentang keadaan umat Islam di Malaysia dan turut menegur sikap pembangkang.
Ustaz Afandi Yusoff, Exco Pemuda UMNO.Sangat lantang berkata-kata. Menghangatkan suasana dewan. Banyak membawa keratan akhbar dan lain2 sebagai penguat hujahnya. "Saya bawa peluru satu beg" katanya.
Siapa pun kita, jadilah orang yang rasional berfikir dalam suatu hal dan mestilah berlandaskan Al-Quran & Sunnah. Pilihlah untuk sentiasa berada di pihak yang benar kerana semuanya pasti akan disoal di Akhirat nanti. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat daripada wacana tersebut. .
Bagi sesiapa yang berminat untuk melihat video wacana tersebut bolehlah search di Youtube. Forum tersebut memang hangat dengan soalan2 yang agak pedas daripada moderator mahupun para penonton sendiri.Sekadar perkongsian untuk merehatkan minda. Semoga bermanfaat buat diri dan semua.
.:.~ Tinta Nur Aziemah ~.:.
Friday, November 13, 2009
Hidup tenang dengan berlapang dada..
Assalamualaikum WBT.Sudah lama tidak mencoret kata. Mungkin disebabkan sedikit-sebanyak tempias kesibukan exam. Kali ini saya cuma nak menyelak sedikit tentang kes penangkapan Dr Asri yang heboh diperkatakan kini serta fitnah yang melandanya. Tiada apa yang boleh saya ungkapkan melainkan hanya mendoakan agar beliau sentiasa tabah dan meneruskan perjuangannya.
Saya tidak mahu mengulas panjang kerana tahu ada yang menyukainya dan ada yang tidak menyenanginya. Saya sendiri sudah muak dengan ungkapan wahhabi dan apa sahaja yang berkaitan dengannya yang dilemparkan terhadap Dr Asri dan orang-orang yang sealiran dengannya. Saya tidak salahkan mereka. Mungkin mereka hanya melihat pandangan di sebelah pihak sahaja. Sedangkan beliau sendiri mempertikaikan dan menjelaskannya di dalam web rasmi beliau di drmaza.com. Juga boleh dibaca pandangan rakan-rakan beliau seperti Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Hasrizal di web mereka.
Pertemuan 2 tokoh yang kusegani. Tok Guru turut mempelawa Dr Asri untuk memberi kuliah di medan ilmu Kota Bharu.
Saya sentiasa mengingatkan diri. Jadilah orang yang sentiasa berada di pertengahan dan sentiasa berlapang dada yang boleh meraikan mana-mana pun pandangan selagi mana ia bersandarkan hujah-hujah yang kuat dan sahih. Saya sendiri pun kekadang tidak bersetuju dengan sesetengah pandangan Dr Asri namun, sememangnya itulah hakikat manusia itu sendiri yang tidak dapat lari daripada sebarang kekhilafan dan kesilapan.
Teringat akan kata-kata Tok Guru Nik Aziz yang saya petik daripada seorang ustaz " Manusia musuh kepada apa yang mereka tidak tahu". Maka, beringat-ingatlah, mungkin apa yang kita bicarakan hari ini pada anggapan kita benar tapi mungkin tersilap disebabkan kejahilan kita sendiri. Ayuhlah kita semua bersatu dan usahlah berberpecah lagi. Menarik sekali pandangan Ustaz Zaharuddin dalam satu artikelnya tentang Satu Nasihat Buat Salafi & Khalafi Malaysia. Baca dan hayatilah artikel tersebut untuk pedoman.
Betapa kerdilnya diri.. Tiada perkataan boleh diungkap tatkala melihat umat Islam saling berpecah dan berkelahi sesama sendiri. Betapa sayu dan sedih sekali.. Bilakah mahu bersatu? Kuteringin sekali melihat Islam itu naik berdiri megah suatu hari.. yang di bawahnya umat yang saling berkasih-sayang kerana Allah. Saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan kembali ke jalan yang lurus mengikut landasan Al-Quran dan As-Sunnah.
Sekadar perkongsian untuk menyingkap dan menginsafi diri. Moga bermanfaat buat diri dan semua.
.:. ~Tinta Nur Aziemah~ .:.
Thursday, October 29, 2009
Abah yang dirindui..

Assalamualaikum wbt.
Hari ini saya ingin berbicara tentang rindu. Rindu yang amat mendalam terhadap seorang insan yang paling penting dalam hidupku. Kehilangannya amat dirasai namun, kekadang rasa seperti wajahnya masih tetap segar di fikiranku seolah-olah baru semalam kehilangannya.
Insan yang amat kurindui tersebut adalah arwah abah tercinta iaitu Allahyarham Haji Mohd Amin Bin Majid. Beliau bertugas sebagai seorang guru Geografi dan Bahasa Melayu di SMKA Melor sewaktu di akhir hayatnya. Kenangan 8 tahun yang lalu kembali segar di ingatan..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sewaktu aku pulang ke rumah dari Maahad kira-kira jam 3 petang, aku masuk terus ke dapur. Nampak abah tengah makan nasi. Memang kebiasaan apabila pulang dari sekolah, abah akan terus menjamu selera untuk mengisi perut dan menghilangkan penat yang seharian di sekolah. Kemudian aku ke bilik ma. Ma kata abah sakit perut. Aku sangkakan mungkin abah hanya sakit biasa sahaja, maybe tersalah makan apa-apa kat sekolah.
Pada waktu petang, semua seisi rumah kelihatan cemas apabila lihat abah makin parah sakitnya. Perutnya agak keras. Aku berada di sampingnya, memicit-micit badannya yang kelihatan makin tak bermaya. Jiran terdekat turut datang. Orang yang paling cemas adalah ma. Dia terus bergegas ke klinik bawa abah. Doktor masukkan air dan bagi ubat. Doktor kata, kalau tak tahan kena bawa ke hospital jugak. Masa balik rumah, sakit abah masih belum reda. Kami tak sanggup melihat kesakitan yang ditanggungnya. Mama(mak sedaraku) mencadangkan agar abah dibawa terus ke hospital. Kemudiannya ma, abang dan bapa saudaraku pun terus ke hospital bawa abah.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Di awal pagi.. Ma bangunkan aku. Ma pesan, tengokkan adik2. Ma nak pergi hospital. "Tadi AbahYa (bapa saudaraku) telefon.. Abah sesak nafas katanya.. Ma dah tinggalkan duit sekolah. Nor jalan kaki ye pegi tunggu bas. Ma tak dapat hantar pagi ni.."Kata ma dalam keadaan cemas dan bimbang. Kesian ma.. dahla malam tadi balik hospital lewat, kira-kira jam 1 pagi. Pagi ni kena pegi lagi hospital, bimbang apa-apa terjadi kat abah. Begitulah betapa eratnya hubungan kasih sayang dan cinta antara ma dan abah.
Aku dan kak long pagi-pagi lagi turun dari rumah untuk tunggu bas seperti biasa. Sungguh aneh! Kenapa bas sekolahku tak kunjung2 tiba. Sedangkan hari sudah makin cerah. Semasa sedang asyik bersama kakak dan sepupu-sepupuku ketika menunggu bas, tiba-tiba jiranku dengan menaiki motor datang ke arah kami. Aku tak menyangka apa-apa. Mak Cik Ha memberitahuku dan kakakku dalam nada tenang yang abah dah takde.. Bagai nak tercabut jantungku. Air mata berderai turun tanpa henti.. Kak Long menepuk bahuku. Dia kelihatan begitu kuat berbanding aku. Mana mungkin aku tak terkejut, baru semalam aku lihat abah sihat walafiat.
Kami pulang kembali ke rumah dengan deraian air mata. Di rumah, jiran tetangga sudah tiba untuk bertanya khabar berita. Aku naik ke atas rumah, semua adik-adik yang masih bersekolah rendah menangis teresak-esak. Aku lihat 2 orang adikku yang masih tadika dan Basyir yang baru berumur setahun lebih masih nyenyak tidur tanpa mengetahui akan hal yang terjadi. Kak Long pergi ke arah mereka dan memeluk adik-adik.
Tok saudaraku cakap "Jangan menangis.. Abah orang baik, dia pegi masjid selalu." Dia memujuk kami. Mak Long tiba dan memelukku. Katanya "Abah tak mati, tapi dia pergi berehat sekejap je..". Itulah antara ungkapan yang aku ingat daripada insan yang ingin menteteramkan hati buat kami yang masih mentah masa tu. Selepas itu, aku jadi makin tenang dan redha. Aku berhenti menangis dan membantu Cik Dah(mak saudara) untuk kemas-kemaskan bilik untuk urusan mandikan mayat.
Ma pernah bagitahu.. Abah menghadapi sakaratul maut sewaktu ma seorang sahaja di sisinya. Masa tu waktu Subuh. Bapa saudara dan abangku pergi solat subuh. Ma lah yang mengajarkan sendiri kalimah syahadah untuk abah dan mengingatkan abah agar sentiasa ingat pada Allah. Akhirnya roh abah yang kucintai diangkat mengadap Ilahi saat waktu subuh yang dingin. Semoga Allah merahmati abah, membebaskannya dari segala seksaan dan memberi sebesar-besar nikmat buatnya di alam Barzah dan di alam Akhirat. Ku berharap suatu hari nanti kami akan bertemu di syurga.
Kuingat lagi.. saat kuterjaga di waktu dinihari. Kulihat abah khusyuk sujud menghadap Ilahi. Tahajud sudah menjadi amalan hariannya. Dan aku termenung seketika tatkala melihat abah bertahajud, betapa dekatnya diri dia dengan Ilahi. Abah seorang yang agak pendiam tapi tegas dalam soal solat. Kami dilarang menonton tv selagi tak solat. Itulah yang aku ingat. Di waktu Maghrib, kami tak dibenarkan langsung tengok tv kerana masa tu waktu untuk bersiap untuk solat. Begitulah didikan abah. Selepas solat berjemaah, abah dan ma akan ajarkan sendiri anak-anak mengaji.
Walaupun abah hanyalah guru biasa tapi, minatnya dalam mendalami ilmu agama sangat menebal. Dia sangat suka membeli buku-buku agama dan kaset-kaset ceramah. Di juga pernah mengambil kelas agama di Universiti Malaya Nilam Puri untuk menambahkan ilmu. Dulu, waktu aku naik tingkatan satu pun, aku ke sekolah Maahad pun sebab abah. Masa tu aku confuse samada untuk ke SMKA(sekolah abah mengajar) atau Maahad. Tapi sebab lihat abah nak sangat lihat anaknya ke Maahad, aku pun ke Maahad. Ma kata abah sukakan Maahad sebab kalau masuk je kat sana, suasananya sunyi dan tenang.
Masa kecik-kecik dulu, kalau demam je, abah akan bawa aku ke klinik. Lepas balik klinik, abah akan tanya nak makan apa abah belikan. Masa tu hati gembira sangat. Nak makan ais krim ke, coklat ke semua dapat. Abah memang baik.. Kami dididik dengan penuh kelembutan namun dalam kelebutannya, ada ketegasan.
Kini, ma seorang sahajalah yang membesarkan kami. Bayangkan sudah lapan tahun ma membesarkan kami dengan kudratnya seorang. Aku amat mengaguminya. Dialah wanita serba boleh yang tak pernah kutemui. Pernah dalam satu masa, ma boleh menjadi seorang guru, seorang student dan seorang businesswoman. Semoga Allah memberi kekuatan buat ma dan memberi ganjaran sebesar-besarnya buat beliau.
Bagi sesiapa yang masih ada ibu dan ayah di sisi, hargailah tatkala mereka masih ada. Lakukanlah kebaikan sebanyak-banyaknya buat mereka.
Semoga bermanfaat buat semua. Perkongsian untuk menyingkap dan menginsafi diri.
.:. ~Tinta Nur Aziemah~ .:.




