Monday, May 24, 2010

Borak-borak..

Syukur dapat bertemu lagi dengan ibuku 2 hari lepas. Saya menemaninya bersama kakak menghantar adik masuk USIM. Syukran jazilan buat Pak Cik Solah dan Che La yang banyak membantu kami sepanjang di sini. Salam perjuangan dalam menuntut ilmu buat Izzuddin. Selamat menempuh alam universiti yang lebih mencabar.

**************************************************************************************

Semalam, selesai sahaja makan tengahari di rumah Che La, saya diajak berbual-bual dengannya sambil menjamu makan buah mempelam. Tidak sempat menghabiskan pinggan mangkuk di sink, saya dipanggil dan dipaksa untuk ke meja kembali untuk menjamah buah mempelam yang dikupas Che La(mak cik). "Jomlah, dah lama Che La tak berbual dengan Nor.. Biarlah pinggan di situ, nanti Che La basuh.." Begitulah lebih kurang ungkapannya memanggilku. Tak sampai hati melihatnya acap kali memanggil, saya terus ke meja makan kembali. Pelbagai topik yang dibualkan. Maklumlah balik sekali-sekala ke rumahnya. Tu pun kerap juga Che La call suruh datang ke rumahnya namun, disebabkan kesibukan sebagai student agak membataskan waktuku. Che La beria-ia nak belajar Adobe photoshop dan macam2 lagi lah tentang komputer. Walaupun saya ni taklah pandai sangat tapi, disebabkan orang mengharap kucuba sekadar termampu. Semoga orang lain turut mendapat manfaat apa yang kita belajar.


Topik yang dibualkan biasalah saling bertanya khabar dan berkaitan perkara yang berlaku kat sekeliling. Che La meluahkan rasa ketidakselesaannya tatkala kembali bertugas sebagai guru di sekolah lamanya. Sebelum ni, dia cuti selama lebihkurang 2 tahun untuk menghabiskan 'master'nya dan sudah lama tidak menjejak kaki ke sekolah kembali. Katanya, dia amat terkejut dengan keadaan sekarang di sekolah. Banyaknya perubahan yang sudah berlaku. Bukan makin baik, tapi makin teruk. Budak2 sekolah makin ramai yang rosak, suasana sekolah amat tidak menyelesakan bagi orang sepertinya. Katanya, di sekolah penekanan terhadap agama langsung tidak diambil berat oleh pihak sekolah.

bagaimana keadaan generasi kecil ini mebesar dalam keadaan suasana umat yang kian parah..

Saya amat bersetuju dengannya, kerana saya sendiri melihat suasana yang hampir sama di universiti tempat saya belajar. Berapa ramai yang hanyut walaupun di kalangan student agama sendiri. Yang tak ambik kos agama pula berapa ramai yang meminggirkan terus agama dari hidup mereka. Kami mengeluh kerisauan memikirkan keadaan umat yang makin terhoyong-hayang dek kerana meletakkan agama jauh di belakang. Kata Che La, lihatlah sahaja di sekeliling kita gejala sosial di mana2. Hidup pun rasa tak aman dan tenteram. Bagaimanalah nasib generasi akan datang apabila begini rupanya keadaan sekarang. Saya mengiyakan sahaja tanda bersetuju. Katanya kita tak boleh nak salahkan anak-anak muda ni saja tapi kita kena tengok pula apa yang menyebabkan mereka rosak. Jawapannya, sistem yang digunapakai di negara kita ni memang dah rosak.

Lihatlah bagaimana sekularisme itu menyelinap masuk dalam seluruh sistem termasuklah sistem pemerintahan, pendidikan dan sebagainya. Kami sepakat menyatakan pemimpin yang ada hari ini memang sudah terlalu sukar untuk dihormati. Di mana contoh teladan yang ditonjolkan? Tidak ada.. yang ada hanyalah gambar aksi2 buruk pemimpin Islam dengan minuman keras, pelbagai cerita2 busuk yang terus melekat dan berkudis di badan2 mereka. Dalam ucapan2 mereka, jarang sekali dilafazkan ungkapan2 yang menggambarkan tentang Islam.. yang ada hanyalah pembangunan material dan perjuangan bangsa. Saya sendiri sudah bosan dengan pemimpin seperti ini. Tambah2 lagi dengan isu kelulusan lesen judi yang heboh diperkatakan baru2 ni.. sudahla mereka sudah rosak, nak rosakkan lagi rakyat2 di bawah. Oh Tuhan, aku berlindung dari kejahatan pemimpin sebegini.. Cukuplah Tsunami lepas sebagai pengajaran buat seluruh umat tentang bahana kemurkaan Allah. Janganlah mengundang Tsunami yang seterusnya atau lebih dasyat lagi..

Mungkin ini adalah sekadar keluhan saya dan makcik saya sebagai rakyat biasa yang menghuni bumi Malaysia. Walaupun namanya negara Islam namun, kami tidak merasai keizzahan Islam di sini. Kekadang kami sendiri terasa takut melihat gelagat2 manusia di luar sana. Bacalah akhbar, mahu nak termuntahnya melihat terlalu banyak masalah2 sosial dan jenayah yang berlaku setiap hari. Buang bayi, rogol, rumah pelacuran, bunuh, dadah dan banyak lagi yang amat meloyakan.

Penyelasaiannya?? Hm..sama2 pakat fikirlah. Bagi saya mudah je. Pilihan Raya Umum akan datang, tukarlah kerajaan baru yang lebih bersih untuk tadbir negara. Pastikan agama yang menjadi asas pentadbiran negara. Baru rasa selamat sikit. Tak mahu cakap lebih2, nanti didakwa ayat poltik pula. Lihat saja student UKM yang didakwa berpolitik dan dikenakan AUKU. Kasihan mereka.. Dlm Islam, politik sentiasa terikat dengan Islam dan tak boleh dipisahkan sama sekali dan tiada had umur pun bagi sesiapa yang nak berpolitik. Aduhai negaraku Malaysia....

Sekadar perkongsian. Mudah-mudahan bermanfaat buat diri dan semua=)

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

4 comments:

~princess Islam~ said...

erm,,bestnye derat umah cik la..
btul tu nor, dah pn runsing dgn dunia hari ni,,mcm akhir zaman sungguh..
kdg2 nak baca surt khabar pn x lalu,,nak termuntah! bnyk sngt mslh sosial..hmm..
tmbh2 dah ni, nak jdi cikgu..mcmna la keadaan anak didik nnti,,t.jawab besar tu..

Nur Aziemah said...

inshaAllah jika niat ikhlas, Allah permudah sgl urusan. Ok slmt menjd cikgu dan bersedialah menghadapi student2 yg bermasalah. bantulah mereka sekadar mampu.. Tanggungjwab guru memang berat tp pahalanya amt besar=)

nursempurna said...

adik sy Fadhli amik kos srupo ngn awk.loni duk kt nilam puri.nt 1st year leh pilih ek nk amik aliran mna?awk amik sains hayat ko sains fizikal?

Nur Aziemah said...

Owh tu lah.. ma saya pun ada bgtau gak tu. molek2.. Course memang kita boleh pilih s.ada sc hayat or fizikal. saya dulu pilih fizikal.
Kalu x silap yg terkini, ni atr kos yg dibuka tuk sc hayat (biohealth, environment, bioteknologi, bioinformatik, biogenetic dan ekologi). Sc fizikal(ICT & Fizik). Oyak ko Fadhli wat pilihan molek=)

Post a Comment

memories of Tok Ayah

Klik untuk dapatkan Buku2 Telaga Biru!!

Labels

My family..

My family..

Followers

 

Mutiara Tinta | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates