Thursday, April 15, 2010

Sejuknya mata..


Selamat pagi Kuala Lumpur.. Selepas bercuti selama 5 hari akhirnya sampai juga KL pagi ni.. Alhamdulillah. Next week dah exam. Sisa2 masa yang masih ada perlu digunakan sebaiknya. Malam tadi masa naik bas, ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi.. Semasa berada di atas bas, saya memerhatikan suasana dan pemandangan malam negeri yang akan ditinggalkan. Bas berhenti dari satu tempat ke satu tempat untuk mengambil penumpang untuk ke KL. Di satu tempat (kalau tak silap di Machang) saya melihat sesuatu yang menyejukkan mata.

Kelihatan beberapa orang remaja lelaki yang masih di awal usia remaja ber jubah putih dan berkopiah. Kelihatan juga seorang pak cik yang berkain pelikat dan berkopiah bersama isterinya yang bertudung labuh. Cukup sederhana orangnya tapi sejuk mata memandang. Remaja tadi saling bersalaman antara satu sama lain (dgn kawan2 dan ibu ayah yang akan ditinggalkan). Cukup tertib dan bersopan remaja2 ini. Tahu akan adab dan tatasusilanya. Saya melihat dan memerhati, cukup senang kan ada anak2 seperti ini. Orang yang melihat pun terasa senang apatah lagi ibubapanya sendiri. Natijahnya, ia bermula dari didikan awal tak lain tak bukan daripada ibu bapa. Lihatlah contoh yang baik ditunjukkan ibu bapanya. Mungkin kelihatan pada luaran sederhana kehidupannya namun hakikatnya, jiwa mereka kaya. Mereka kaya dengan kebahagiaan berpaksikan kehidupan beragama yang dipraktikkan.

Jika dilihat dari sudut lain pula, ada juga golongan ibu bapa hari ini yang mana bukan agama yang menjadi paksi kehidupan mereka. Ukuran kebahagiaan mungkin diletakkan pada material semata. Hasilnya, lahirlah anak yang hidupnya tidak kenal erti susah dan berjiwa materialistik. Anak2 yang lahir dan tidak dicorakkan dengan agama akhirnya, ramai yang hanyut dan terbuai dengan dunia. Pergaulan bebas, ketagihan arak, dadah, rempit dan banyak lagi sindrom yang melanda masyarakat berpunca daripada hasil didikan ibubapa di rumah. Hari ni sukar nak lihat anak2 muda yang benar2 terjaga akhlak dan budi pekertinya. Bilangannya amat sedikit. Ada pula yang ibubapanya bagus, selalu pegi masjid tapi anak2nya pula tidak menutup aurat dan rosak. Apa puncanya? Sekali lagi saya katakan.. kurangnya didikan AGAMA, itulah PUNCAnya..

p/s: Indah bukan hidup ini andai berpaksikan AGAMA? Bukan setakat kita rasa senang dan tenang, orang yang tengok pun rasa tenang=)

Sekadar perkongsian untuk menyingkap dan muhasabah diri. Semoga bermanfaat buat diri dan semua.

.:.~ Mutiara Tinta ~.:.

0 comments:

Post a Comment

memories of Tok Ayah

Klik untuk dapatkan Buku2 Telaga Biru!!

Labels

My family..

My family..

Followers

 

Mutiara Tinta | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates