Monday, February 22, 2010

Cuti seminggu yang penuh makna..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ini kaki kulangkah kembali ke UM, taman ilmu yang sangat kucintai.
Cuti selama seminggu terlalu sekejap bagiku kerana sudah lama tidak pulang ke kampung halaman. Namun, pelbagai pengalaman selama seminggu di rumah membuatkan cuti ini sangat bermakna buatku..

~16 Februari 2010~
Buat pertama kali menziarahi sahabat rapat di UM, Iwani Abdul Aziz di kediamannya di Tanah Merah. Kunjungan disambut ibu dan adiknya. Berkebetulan rumahnya berdekatan dengan tempat kenduri yang ingin dituju. Sempat menjamu laksa di rumahnya. Mudah-mudahan ikatan ukhuwah yang terjalin makin erat kerana Allah semata. Lain kali jemputlah datang umah saya pulak ya, cik wanie=)

~18 Februari 2010~
Alhamdulillah! Tugasan yang diberi Ustaz Khader berjaya disiapkan setelah saya bersama dua sahabat, Hazwani dan Samiah pergi ke Pusat Rawatan Islam Al-Madani, Pengkalan Chepa. Kajian tentang pusat rawatan Islam tersebut telah memberi banyak pengalaman dan ilmu kepada kami. Jutaan terima kasih buat Ustaz Rahimi, pengasas pusat rawatan yang banyak memberi kerjasama dan tidak lokek ilmu. Rawatan yang digunakan di sana adalah berpandukan Al-Quran dan sunnah dan langsung tidak bercampur unsur-unsur syirik. Sangat mengagumkan setelah ustaz menceritakan pengalaman2nya merawat pesakit dari dalam dan luar negara.
Jazakallah khairan jaza' buat ustaz. Semoga Allah merahmatimu.

bergambar bersama ustaz rahimi yg banyak membantu.. Jazakallah!

~19-20 Februari 2010~
Menghadiri kursus Perkongsian Bijak Cemerlang anjuran HPA. Memang banyak input dan ilmu diperoleh di sana. Baru saya sedar bahawa pentingnya kita sebagai orang Islam turut sama membantu dalam menjana ekonomi umat Islam. Jika sebelum ni kita hanya membeli, mengguna bahkan turut menjual produk2 keluaran bukan Islam. Dari segi status halal amat diragui di kala keadaan dunia hari ini yang bercampur antara yang halal dan haram. Rasa kagum sekali melihat leader2 HPA yang sanggup berkongsi ilmu secara percuma terhadap para peserta. Jelas terpancar keikhlasan dan kerendahan diri walaupun mereka adalah antara usahawan2 yang telah berjaya. Bayaran sebanyak RM150 hanyalah untuk penginapan hotel, makan dan kelengkapan kursus sahaja. Tentatif program yang diatur amat menitikberatkan soal pengisian ruhiyah seperti qiamullail, solat sunat dhuha, bacaan ma'thurat dan seminar2 diselangi nasyid2 pembangkit semangat. Saya amat menggemari bagaimana cara HPA memperkasakan perniagaan bermula daripada insan yang ingin bergelar usahawan. Mereka diajar untuk jujur, amanah, ikhlas dan yang penting bergerak bersama dalam memartabatkan ekonomi umat Islam. Inilah yang dikatakan jihad ekonomi dalam Islam. Wah, sangat menarik bukan?


Bergambar selepas kursus PBC. Gembira dapat jumpa sahabat lama Amalia dan kenalan baru, Nisa' dan kak ani=)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pejam celik pejam celik rupa2nya sudah 9 tahun abah kesayanganku telah kembali ke rahmatullah. Tanggal 20 Februari 2001 yang lalu, abah meninggalkanku buat selama-lamanya. Jika masa itu, aku masih kebudak-budakan tapi hari ini aku sudah dewasa. Pantasnya masa berlalu. Menghitung hari dan sisa-sisa hidup, aku tahu aku juga bakal ke sana. Cuma cepat atau lambat sahaja ditentukan olehNya. Muhasabah diri dengan kematian.. Benar, Ia bisa menginsafkan! Aku baru sahaja menerima berita kematian adik kepada sahabatku, Syazwani yang meninggal setelah accident. Begitu juga berita kematian ayah kak Ayuni yang sangat kukagumi. Takziah buat mereka sekeluarga. Semoga Allah menempatkan mereka di syurga. Amin.

Sekadar perkongsian untuk merelaxkan fikiran. Oh, esok ada test Multimedia System. Doakan saya ya semua;-)

0 comments:

Post a Comment

memories of Tok Ayah

Klik untuk dapatkan Buku2 Telaga Biru!!

Labels

My family..

My family..

Followers

 

Mutiara Tinta | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates