Saturday, January 2, 2010

Andai itulah bicara Aminah Qutb, begitu jualah bicara hatiku..



Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah, nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu,

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasarh
dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku.


~ Sajak karangan Aminah Qutb buat bakal suaminya. Beliau merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.

p/s: Diambil daripada buku PEMILIK CINTAKU Setelah Allah & Rasul karangan penulis muda, Fatimah Syarha Mohd Noordin. Sape yang x baca lagi, sila baca ye. Sangat menarik.

Semoga bermanfaat buat diri dan semua.
.:. ~Tinta Nur Aziemah~ .:.

0 comments:

Post a Comment

memories of Tok Ayah

Klik untuk dapatkan Buku2 Telaga Biru!!

Labels

My family..

My family..

Followers

 

Mutiara Tinta | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates