Wednesday, January 27, 2010

Marilah mari.. Pergi mengundi..

Assalamualaikum WBT to all!
Esok.. Ayuh beramai2 pakat turun mengundi. Beduk telah berbunyi. Anda hanya cuma perlu memangkah melalui mouse dan keyboard komputer yg disediakan untuk calon2 yg anda ingini (sistem e-voting). Buatlah pilihan yang terrrbaik untuk kemenangan di pihak yang benar. Allah kurniakan anda aqal bukan?? Pilihlah dgn hati yang lurus dipandukan iman. Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan pasti akan disoal kelak. I have a good suggestions to all:

calon2 ProM yg comey2 dan segak bergaya. Hehe=)

Saturday, January 16, 2010

Bulan Penghayatan Islam'10


Assalamualaikum wbt. Jom ramai2 sertai program yang dianjurkan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam bersempena Bulan Penghayatan Islam'10. Pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menarik menanti anda!! Seluruh pelajar UM dijemput hadir.

Sunday, January 10, 2010

Maila pakat pi Forum ni..

Assalamualaikum. Jom pakat gi Forum ni!! Rugi sape2 yg tak pi..
Mudah-mudahan boleh merungkai segala persoalan yg timbul selama ini=)

Saturday, January 2, 2010

Andai itulah bicara Aminah Qutb, begitu jualah bicara hatiku..



Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah, nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu,

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasarh
dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku.


~ Sajak karangan Aminah Qutb buat bakal suaminya. Beliau merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.

p/s: Diambil daripada buku PEMILIK CINTAKU Setelah Allah & Rasul karangan penulis muda, Fatimah Syarha Mohd Noordin. Sape yang x baca lagi, sila baca ye. Sangat menarik.

Semoga bermanfaat buat diri dan semua.
.:. ~Tinta Nur Aziemah~ .:.

memories of Tok Ayah

Klik untuk dapatkan Buku2 Telaga Biru!!

Labels

My family..

My family..

Followers

 

Mutiara Tinta | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates